Tingkatkan produktiviti jayakan Rancangan IKRAM

Menurut Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor, ia sekali gus menjadikan matlamat Memacu Perubahan Masyarakat dan Negara tercapai menjelang hujung tahun ini. 

Beliau berkata, bagi memastikan matlamat ini tercapai, kakitangan diminta untuk turut sama berkerjasama menjayakan RI1619 ini dengan meningkatkan kapasiti dan kapabiliti dalam penghasilan kerja sejajar dengan RI1619 mengikut jawatankuasa masing-masing.

“Memetik kata-kata daripada Presiden IKRAM bahawa kita bukan sekadar mengurus pejabat atau organisasi tetapi kita juga mengurus satu perjuangan. Sekarang kita sedang berada dalam fasa menjayakan RI1619 yang matlamatnya adalah Memacu Perubahan Masyarakat dan Negara. Jadi, kakitangan IKRAM perlu turut sama membantu merealisasikan RI ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian di hadapan para kakitangan IKRAM, MyCARE dan IKRAM MUSLEH dalam Majlis Amanat Presiden semalam anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM).

Hj Nahar juga menyentuh mengenai Sistem Pengurusan Prestasi IKRAM (SPPI) dengan meminta setiap ketua jabatan dan kakitangan menghasilkan Bidang Hasil Utama (BHU) dengan lebih jelas dan objektif agar mudah dinilai kelak.

“Kami menilai prestasi kakitangan melalui SPPI bagi memastikan ukuran yang tepat bersesuaian dengan RI, jadi tetapkanlah BHU dengan lebih jelas agar ia seiring dengan RI1619.

“Cabar diri keluar daripada zon selesa yang sedia ada bagi meningkatkan prestasi kerja sekali gus menjadi penentu kepada pencapaian IKRAM sebagai memacu perubahan masyarakat dan negara.” jelasnya.

Dalam majlis yang sama beliau turut memberikan ucapan tahniah kepada pekerja yang mendapat keputusan cemerlang dalam program penilaian Sistem Pengurusan Prestasi IKRAM (SPPI) bagi tahun 2015.

Ujar beliau lagi, pihak pentadbiran dan sumber manusia sedang meneliti semula serta menyemak kembali Skim Perkhidmatan IKRAM Malaysia (SPIM) yang sedia ada bagi menjalankan penambah baikan sistem yang sedia ada.

“SPIM yang digunakan pada masa kini akan disemak semula kerana ia sudah tiga tahun digunakan. Kita akan menelitinya kembali bagi memastikan ia relevan dengan suasana ekonomi yang sangat mencabar dan kos sara hidup yang meningkat pada masa kini,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa pihak sumber manusia juga bakal menjalankan satu kajian mengenai trend perbelanjaan dalam kalangan kakitangan IKRAM bagi mengetahui corak pengurusan wang kakitangan untuk mengimbanginya dengan SPIM, seterusnya diharap dapat meringankan beban kakitangan dan menaikkan semangat untuk terus berkhidmat dengan IKRAM.

Pelbagai insentif khusus bagi kakitangan IKRAM yang terkandung dalam SPIM sebelum ini membuktikan IKRAM amat terhadap kebajikan kakitangan. SPI baru yang bakal diguna pakai bermula 2017 kelak akan turut memastikan kebajikan pekerja kekal terjaga.

Sebelum mengakhiri majlis, beliau mengingatkan kakitangan agar sentiasa berjimat cermat dan merancang perbelanjaan dengan baik bagi mengawal peningkatan kos operasi yang meningkat dan memastikan perbelanjaan IKRAM dibuat secara berhemah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia