IKRAM gesa tingkatkan integriti dan kewibawaan pemimpin GLC dan sektor awam

Tan Sri Abdul Hamid Bador pada sidang media terakhirnya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mesti kekal sebagai sebuah pasukan penjaga keamanan dan keutuhan negara sekali gus mendakwa rasuah politik sedang berleluasa. Beliau juga menolak dan tidak bersetuju dengan campur tangan politik dalam menentukan kepimpinan PDRM.

 

Suruhanjaya Sekuriti pula telah mengeluarkan panduan agar ahli-ahli politik tidak dilantik sebagai Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah bagi Syarikat Tersenarai Awam (Public Listed Companies). Selain itu, isu pelantikan Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah daripada kalangan ahli politik juga berlaku di Universiti Awam.

 

Dengan ini, IKRAM menyokong tindakan berani dan ketegasan mana-mana pemimpin kerajaan untuk menentang sebarang pengaruh politik yang membawa kepada salah guna kuasa dalam perkhidmatan awam.

 

Sehubungan itu:

 

• IKRAM menggesa kerajaan agar lebih serius dalam menangani isu integriti dan rasuah di semua peringkat kepimpinan sektor awam dan institusi kerajaan.

 

• IKRAM menggesa agar pelantikan pemimpin kanan sektor awam adalah berdasarkan merit, kewibawaan serta memenuhi kriteria jawatan yang telah ditetapkan. IKRAM berharap kerajaan mengamalkan ketelusan dan keadilan serta mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam melantik mana-mana pegawai kerajaan.

 

• Ahli politik tidak dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat-Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC)

 

• IKRAM menggesa agar maruah dan integriti PDRM dikembalikan dan satu suruhanjaya untuk meningkatkan akauntabiliti dan integriti anggota polis ditubuhkan dengan segera.

 

• IKRAM menggesa SPRM agar menyiasat isu rasuah politik seperti yang disebut oleh Tan Sri Abdul Hamid Bador.

 

Sebagai sebuah NGO dakwah, IKRAM akan terus memberi teguran dan saranan yang konstruktif kepada pihak kerajaan serta badan yang berwajib bagi menjamin kesejahteraan rakyat serta negara tercinta.

 

IKRAM juga mengajak rakyat untuk berperanan menegur pemimpin agar memiliki sifat integriti dan menjadikan integriti satu budaya dalam kepimpinan dan masyarakat. Dalam hal ini, IKRAM komited untuk terus mendidik rakyat agar mampu dan bijak memilih kepimpinan yang berintegriti dan berwibawa demi agama, bangsa dan negara.

 

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia