Timbalan Ketua Wanita IKRAM terima anugerah Tokoh Wanita Kelantan

Anugerah dikurniakan oleh YM Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Dato’ Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Dewan Besar Balai Islam Lundang di sini hari ini.

 

Selain Dr Hafidzah, empat tokoh wanita lain turut menerima anugerah masing-masing dalam kategori Keusahawanan (Hjh Che Rahmah Abu Bakar), Pendidikan (Prof Dr Siti Amirah Sulaiman), Armalah (Wan Siti Normah Wan Ishak) dan Orang Kurang Upaya (Hjh Che Minah Awang) dalam program anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat ini.

 

Turut hadir Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan, YB Hajjah Mumtaz Md Nawi dan isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Hajah Siti Zabidah Abdul Hamid.

 

Dr Hafidzah dilahirkan pada 8 Jun 1964 di Pontian, Johor dan telah menetap di Kelantan lebih 20 tahun. Beliau merupakan ibu kepada lapan cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Hj Che Rahimi Samat.

 

Mendapat pendidikan dalam bidang perubatan di Monash University di Melbourne, Australia, beliau mula bertugas sebagai doctor perubatan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 1991 dan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian pada tahun 1996.

 

Aktif dalam Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan kini Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), beliau juga terlibat membimbing remaja melalui pusat bimbingan remaja puteri, Raudhatus Sakinah.

 

Beliau juga aktif dalam mengadakan program pembangunan wanita dan remaja seperti kempen Anda Bijak Jauhi Zina, Solidariti Aman Wanita Malaysia Memperjuangkan Nasib Rakyat Palestin dan perjuangan wanita di PBB, selain aktif sebagai penceramah dalam modul pengurusan kesihatan, kursus pra-perkahwinan, pengendali kursus kaunseling dan kursus pengukuhan perkahwinan.

 

Dr Hafidzah terlibat dalam menyampaikan ceramah bagi program-program anjuran kerajaan negeri dan beliau juga antara panel penggubal Dasar Kerajaan Negeri Kelantan bagi Dasar Wanita Negeri Kelantan pada 2001 dan Dasar Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan pada 2008.

 

Semoga anugerah ini memberi inspirasi untuk beliau terus menyumbang bakti untuk pembangunan wanita, remaja, masyarakat dan negara insya-Allah.

 

Sumber foto utama: http://on.fb.me/1IhiS4q

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia