Timba pengalaman di sekolah Cina

SMITQ Hira’ diwakili oleh Pengetua, En. Bat Kamaruzzaman Abdul Kadir diiringi Guru-guru Penolong-Kanan dan Kaunselor sekolah yang bertujuan bagi mempertaut persaudaraan, berkongsi budaya dan strategi kecemerlangan antara kedua-dua sekolah. 

“Antara objektif yang disasarkan dalam lawatan berkenaan adalah untuk mempertautkan persaudaraan antara kedua-dua sekolah, berkongsi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia dan perkongsian strategi pelbagai kecemerlangan terutamanya ko-kurikulum dan akademik,” jelas beliau.

Kehadiran delegasi Hira’ disambut oleh Guru Penolong Kanan 1 sekolah tersebut serta beberapa guru kanan lain dan mereka diberi taklimat penuh oleh Pengetua SM Tsun Jin, Cheng Ah Swee.

    

Menurut Bat Kamaruzzaman, banyak perkara yang dapat dikongsi oleh kedua-dua barisan pentadbiran sekolah dalam sesi dialog tersebut.

“Masyarakat Melayu Islam, masih perlu menimba ilmu daripada masyarakat Cina untuk meningkatkan jatidiri bangsa,” katanya.

SM Tsun Jin yang ditubuhkan pada tahun 1913 telah beroperasi sepenuhnya sebagai sekolah swasta pada 1955. Selesai taklimat, delegasi Hira’ dibawa melawat ke seluruh bangunan sekolah.

Lawatan ke sekolah berstatus Lima Bintang bagi Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) ini berjaya memberikan banyak ruang pembelajaran dan pengalaman kepada barisan pentadbiran SMITQ Hira’ untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah pada masa hadapan.

Lawatan muhibbah dan program silang budaya antara sekolah sebelum ini turut dilakukan Sekolah Menengah Al Islah, Sungai Petani dan Sekolah Menengah Sin Min bagi membina keharmonian dan semangat perpaduan serta berkongsi pengalaman pendidikan antara kedua-dua sekolah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia