Tiga prinsip utama manhaj Islam dalam perhubungan antara manusia

Jelas beliau, dalam al-Quran juga menyebut tentang hubungan Muslim dengan bukan Muslim dan kata beliau lagi, nikmat yang Allah beri ialah nikmat sangat besar berupa ukuhwah yang terbina atas iman dengan manhaj Islam dalam hubungan yang ditegak atas tiga prinsip utama.

Menurut beliau, prinsip yang pertama ialah kaedah meluaskan dari sudut perhubungan iaitu dalam hubungan antara Muslim dan bukan Muslim.

“Lingkungan pertama ini, lingkungan ukuhwah yang dibina atas keimanan, wala’ kepada Allah s.w.t, kepada Rasul dan kepada mukmin dan bara’ daripada orang-orang kafir.

“Atas (dasar) ini juga, disuruh agar kita berta’awun, kita berukhuwah, kita bertakaful dan Islam sentiasa berusaha, menggalakan kita menguatkan hubungan serta ikatan ini, sebab itu jasad itu satu dan al-Quran, surah dan sirah Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun memang berusaha untuk menguatkan hubungan ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, prinsip yang kedua ialah lingkungan hubungan antara Muslim dengan Ahli Kitab iaitu Kristian dan juga Yahudi.

“Pertama sekali hubungan dengan Kristian dan kemudian yang keduanya dengan Yahudi khususnya yang tidak zalim dalam kalangan mereka. Ini jelas bahawa Islam ingin dan menyuruh untuk kita menguatkan hubungan antara Muslimin dan Ahli Kitab ini.

“Sebagai contoh, Rasullulah s.a.w. sendiri melahirkan rasa sedih dan terkesan dengan kekalahan Romawi di tangan Parsi, dan Rom adalah Ahli Kitab pada waktu itu dan ini jelas daripada kisah Abu Bakar r.a. dan kisah turunnya surah ar-Ruum,” jelasnya.

Sementara itu, prinsip yang ketiga ialah hubungan insaniah iaitu hubungan kemanusiaan yang mana keseluruhannnya dibina untuk mencari kebenaran (al-haq).

“Setiap manusia ingin mencari kebenaran, ingin mencari hakikat dan al-haq, dalam kalangan mereka yang diberi hidayah oleh Allah, dalam kalangan mereka (ada) yang sampai menjumpai al-haq itu atau sebahagian daripada al-haq, samada mereka itu yang menyembah berhala sebahagiannya, sebahagiannya yang mungkin komunis atau sosialis.

“Hubungan itu semua hendak mencari kebenaran, atas dasar mencari kebenaran ini ada hubungan yang menyatukan hubungan antara semua manusia ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam kuliah umum yang membicarakan bagaimana hidup bersama secara damai antara orang-orang Islam dengan yang bukan Islam dari sudut pandangan maqasid syariah.

Video kuliah: https://www.youtube.com/watch?v=7HFRtV4lfDY

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia