Tiga kluster baharu COVID-19 dikesan, kes terus meningkat

“Kluster Buang Sayang dikesan di Sipitang, Sabah dengan kes indeks (kes ke-10,265) mempunyai sejarah perjalanan ke Sipitang dari 7 hingga 20 September lalu.”

 

Menurutnya, pesakit mula mengalami gejala demam, selesema dan sakit tekak pada 19 September dan kemudiannya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan. Saringan COVID-19 didapati positif pada 20 September dan kes telah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah.

 

“Justeru, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan di mana seramai 10 individu telah disaring sehingga hari ini dengan empat kes dikesan positif, manakala enam individu masih menunggu keputusan.”

 

Tegasnya, langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan sedang dijalankan di semua lokasi yang telah dikenal pasti bagi ketiga-tiga kluster baharu ini.

 

Sehubungan itu, KKM telah menambah bilangan kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 bagi menguruskan proses saringan pengembara yang pulang dari Sabah.

 

Ini berikutan sejumlah besar yang baru pulang dari Sabah untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam, tiba di KLIA dan KLIA2 terpaksa menunggu lebih tiga jam bagi menjalani saringan COVID-19.

 

Kesesakan tersebut berlaku selepas KKM mewajibkan semua yang dari Sabah menjalani saringan COVID-19 bermula hari ini.

 

Dalam pada itu, Statistik Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam. Jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini lebih 995,000 kes.

 

Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini lepasi 32.94 juta kes. Ini berikutan lebih 270,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia