Tiga Dimensi IMNR: Pandangan Rakyat Jadi Asas Utama

Tiga Dimensi IMNR: Pandangan Rakyat Jadi Asas Utama | IKRAM

Secara keseluruhan, Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) merupakan satu usaha yang sangat baik dan tepat pada masanya, khususnya dalam menilai kemampanan pembangunan negara dari sudut yang lebih berteraskan nilai dan kesejahteraan rakyat.

Pendekatan IMNR yang merangkumi dimensi ekonomi, dimensi sosial dan tadbir urus, turut mengambil kira sudut pandangan inovasi serta etika sektor swasta, amat selari dengan semangat Rahmah nilai kemampanan. 

Secara konseptual, IMNR sangat selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Fokus IMNR terhadap pembasmian kemiskinan, agihan kekayaan yang saksama, pertumbuhan ekonomi mampan, inovasi serta peranan sektor swasta yang beretika seiring secara langsung dengan SDG 1 (Tiada Kemiskinan), SDG 8 (Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi), SDG 9 (Industri, Inovasi dan Infrastruktur), SDG 10 (Mengurangkan Ketidaksamaan) dan SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab).

Uniknya, salah satu kekuatan utama IMNR ialah pendekatannya yang memberi penekanan kepada pandangan dan persepsi rakyat sebagai elemen teras penilaian, dan bukan sekadar bergantung kepada rujukan indeks-indeks sedia ada atau data makro semata-mata.

Melalui kaedah pengukuran yang sistematik, pengalaman, rasa dan penilaian rakyat terhadap kesejahteraan hidup, keadilan ekonomi dan kemampanan pembangunan diterjemahkan ke dalam bentuk skor indeks yang bermakna.

Walaupun IMNR turut membuat perbandingan dengan indeks antarabangsa dan data empirikal sebagai sokongan dan pengesahan, pandangan rakyat kekal sebagai asas utama dalam mencerminkan realiti di peringkat akar umbi.

Pendekatan ini menjadikan IMNR lebih kontekstual, berimbang dan relevan, kerana ia menangkap jurang antara prestasi dasar di atas kertas dengan kesan sebenar yang dirasai oleh masyarakat. 

Sebagai cadangan untuk masa hadapan, IMNR wajar dilaksanakan dan diterbitkan secara konsisten setiap tahun dalam jangka masa panjang agar ia dapat berkembang sebagai satu rujukan yang kukuh dan berwibawa, bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah berpotensi diangkat ke peringkat antarabangsa.

Seiring dengan itu, usaha pihak IKRAM untuk memperkukuh kolaborasi strategik bersama universiti tempatan amat dialu-alukan, khususnya bagi menjadikan IMNR sebagai bahan rujukan akademik yang berautoriti.

Pendekatan ini bukan sahaja dapat melahirkan lebih ramai pakar akademik dalam bidang berkaitan, malah akan memperkayakan landskap penyelidikan dan penerbitan ilmiah yang menyumbang secara bermakna kepada pembangunan ilmu dan dasar negara.

Beberapa penambahbaikan boleh dipertimbangkan, antaranya ialah dengan memperincikan lagi pelaksanaan metodologi untuk menjadi rujukan akan datang. 

Secara ringkas, Dimensi Ekonomi IMNR berada di landasan yang baik dan berpotensi menjadi rujukan penting dalam membentuk ekosistem ekonomi yang adil, beretika dan benar-benar membawa Rahmah kepada rakyat.

Dr. Khairunnisa Abd. Samad
Pensyarah Kanan
UiTM Cawangan Melaka

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia