Tiga aktivis IKRAM Siswa raih Anugerah Pelajaran DiRaja

Mohd Khairul Nizam, graduan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Automotif) telah menerima anugerah tersebut dalam Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ke-12 pada 14 November lalu.

Aktif dalam persatuan, sukan dan pelbagai program di universiti serta aktiviti dakwah dan tarbiah melalui tidak menghalang mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM ini cemerlang dalam akademik dan memegang lebih 13 jawatan sepanjang di sana.

  

Aktif dalam IKRAM Siswa Kota Samarahan dan aktiviti kemanusiaan MyCARE, Nurul Fatihah yang juga graduan Sarjana Muda Kaunseling pula telah menerima anugerah tertinggi itu dalam Majlis Konvokesyen ke-20 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 14 November lalu.

Sementara itu, graduan Sarjana Muda Sains Aktuari, Muhammad Syah Fahmi telah menerima Anugerah Pelajaran DiRaja dalam Majlis Konvokesyen ke-14 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 20 November yang lalu.

Diwujudkan oleh Majlis Raja-Raja pada 1988, tujuan anugerah ini ialah untuk memberi pengiktirafan yang tertinggi dan dianugerahkan kepada seseorang graduan yang mana mutu dan hasil pencapaian akademiknya adalah yang terbaik dan memenuhi kriteria dalam aspek keputusan peperiksaan keseluruhan, aktiviti kokurikulum, hadiah lain yang telah diperolehi, perakuan dan laporan daripada Dekan Fakulti yang berkenaan serta mempunyai sahsiah yang baik. 

Semoga anugerah ini memberi inspirasi kepada semua mahasiswa untuk terus cemerlang dan seimbang dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah serta segenap aspek kehidupan, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia