Tidak Sangka Boleh Menang Fotografi Momen Syawal

SERI KEMBANGAN – Pemenang Pertandingan Fotografi Momen Syawal anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Mohd Anuar Ruddin Zakaria, tidak menyangka fotonya menjadi pilihan utama juri.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan tidak menyangka, gambar penyertaan saya menjadi pilihan utama juri team IKRAM daripada lebih 500 penyertaan peserta lain,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada IKRAM kerana menganjurkan pertandingan ini dan dapat sama-sama berkongsi momen indah walau ia hanya sekadar gambar.

Bagi Muhammad Amin Hadarih, pemenang tempat kedua pula melahirkan rasa terkejut dengan kemenangan tersebut kerana persaingan yang sangat ramai dan berharap pertandingan ini dapat dianjurkan lagi pada tahun hadapan.

Bagi pemenang tempat ketiga, Muhammad Solahuddeen Che Rahimi, beliau sangat gembira dan bersyukur kerana gambarnya terpilih.

Walaupun hantar pada saat akhir, beliau menyasarkan gambarnya menjadi tiga yang terbaik kerana yakin ia sangat cantik dan rare untuk dipertandingkan.

“Bagi saya, pertandingan ini merupakan satu ruang baru untuk masyarakat dan orang awam mengenali IKRAM dengan lebih dekat dan membuka ruang untuk kami berkongsi kegembiraan merayakan sambutan Aidilfitri di samping boleh menonjolkan bakat-bakat terpendam dalam fotografi,” kata beliau yang juga ahli IKRAM.

IKRAM menganjurkan Pertandingan Fotografi Momen Syawal yang mensyaratkan peserta membuat hantaran di Facebook, Instagram atau TikTok dengan kapsyen momen bermula 10 April hingga 18 April lalu dengan tema ‘Tautkan Jiwa Bersama.’

Sambutan terhadap pertandingan ini amat memberangsangkan apabila menerima 545 penyertaan. Hadiah pemenang pertama berupa wang tunai RM1,000, kedua RM500 dan ketiga RM300, manakala 20 pemenang sagu hati menerima e-wallet bernilai RM50.

Berikut ada senarai penuh pemenang berserta pautan hantaran foto yang diambil:

Pertama: Mohd Anuar Ruddin Zakaria

Kedua: Muhammad Amin Hadarih

Ketiga: Muhammad Solahuddeen Che Rahimi

Sagu Hati:

  1. Atiqah Mohd Zin
  2. Wan Mohd Nilhakim Wan Mohd Nasir
  3. Ibrahim Adham A Khalil
  4. Muhammad Adam Firaz Amiruddin
  5. Tun Julia Mohd Tahir
  6. Mohammad Faris Mohd Noor Azmi
  7. Izzi Hayat Ismail
  8. Alif Imran Ayob
  9. Siti Fairuz Ahmad
  10. Nasruddin Ab Rahman
  11.  Normazaya Ishak
  12. Abdul Aziz Mohd Soffian
  13. Mohd Syahir Ismail
  14. Mukhlis Jamil
  15. Nurul Baizura Basrudin
  16. Mazlina Hamzah
  17. Muhammad Amerrudin Kattni
  18. Nuramni Izzati Mohd Radzi
  19. Muhammad Shaher Omar
  20. Nur Hazirah Mohd Asri

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia