Thirst Out 2.0 sebar mesej kasih sayang

Alhamdulillah, program yang dimulakan pada jam 6.00 petang sehingga waktu berbuka yang disertai 30 orang sukarelawan ini, berlangsung dengan baik dan sambutan yang kami terima sangat menggalakkan,” demikian ujar Pengarah Program, Abdullah Dinsuhaimi. 

Dengan mesej positif “Love is caring for each other” pada pelekat air mineral, Seremban Prihatin memilih hospital lantaran mutakhir ini banyak isu melibatkan netizen dan juga kakitangan hospital serta menganggap sikap menyalahkan sesama sendiri bukanlah satu perkara yang menyihatkan.

“Kami mengedar dengan hasrat menyampaikan mesej kasih sayang, kerana semestinya merawat dan menerima rawatan memerlukan sifat sabar, kasih sayang dan tolak ansur walau dalam keadaan rumit (hingga ingin marah).”

Menurut beliau, terdapat juga yang menolak huluran para sukarelawan berikan, namun tidak dinafikan lebih ramai yang mengalu-alukan khidmat tersebut berikutan kekangan masa mencari juadah berbuka selain menjaga keluarga yang sakit dan sedang bertugas.

Seremban Prihatin turut merakamkan penghargaan atas sokongan semua dan individu yang menyumbang, GivingBack, Hospital Tuanku Jaafar, IKRAM Health, Kompleks Saadah dan IKRAM Seremban.

“Kami berharap agar mesej yang diketengahkan sampai kepada masyarakat selain perut mereka terisi walaupun sedikit,” ujar Abdullah.

Sumber: Seremban Prihatin

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia