“Alhamdulillah, program yang dimulakan pada jam 6.00 petang sehingga waktu berbuka yang disertai 30 orang sukarelawan ini, berlangsung dengan baik dan sambutan yang kami terima sangat menggalakkan,” demikian ujar Pengarah Program, Abdullah Dinsuhaimi.
Dengan mesej positif “Love is caring for each other” pada pelekat air mineral, Seremban Prihatin memilih hospital lantaran mutakhir ini banyak isu melibatkan netizen dan juga kakitangan hospital serta menganggap sikap menyalahkan sesama sendiri bukanlah satu perkara yang menyihatkan.
“Kami mengedar dengan hasrat menyampaikan mesej kasih sayang, kerana semestinya merawat dan menerima rawatan memerlukan sifat sabar, kasih sayang dan tolak ansur walau dalam keadaan rumit (hingga ingin marah).”
Menurut beliau, terdapat juga yang menolak huluran para sukarelawan berikan, namun tidak dinafikan lebih ramai yang mengalu-alukan khidmat tersebut berikutan kekangan masa mencari juadah berbuka selain menjaga keluarga yang sakit dan sedang bertugas.
Seremban Prihatin turut merakamkan penghargaan atas sokongan semua dan individu yang menyumbang, GivingBack, Hospital Tuanku Jaafar, IKRAM Health, Kompleks Saadah dan IKRAM Seremban.
“Kami berharap agar mesej yang diketengahkan sampai kepada masyarakat selain perut mereka terisi walaupun sedikit,” ujar Abdullah.
Sumber: Seremban Prihatin