Teruskan Komitmen Memacu Perubahan

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” (al-Hasyr 59:18)

Sempena Tahun Baru 2017, IKRAM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk melakukan muhasabah diri dan mengimbas kembali segala perjalanan kehidupan tahun 2016 serta berazam untuk memperbaiki dan mengislah diri, keluarga dan masyarakat agar ia memberi impak positif dan landasan terbaik kepada perubahan dan masa depan negara tercinta.

Ingatlah bahawa perubahan itu bermula daripada diri kita sendiri dan setiap daripada kita perlu memainkan peranan yang signifikan dalam mengubah lanskap perjalanan negara ke arah yang lebih baik.

Dengan keazaman ini juga, IKRAM meneruskan komitmen untuk memacu perubahan masyarakat dan negara bagi mencapai visinya untuk membina Malaysia menjadi Negara Rahmah berasaskan maqasid syariah sebagai neraca penimbang dalam berhadapan dengan pelbagai isu kehidupan untuk memelihara nilai-nilai kehidupan manusia, kemanusiaan manusia, diri manusia, organisasi masyarakat dan persekitaran kehidupan manusia.

Ciri-ciri asas Negara Rahmah yang diimpikan ialah:

1. Kepemimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti
2. Sistem Pemerintahan yang Berasaskan Semak dan Imbang yang Berkesan
3. Tadbir Urus yang Baik
4. Undang-undang yang Adil
5. Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang
6. Institusi Keluarga yang Utuh
7. Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni
8. Ekonomi yang Mampan
9. Agihan Kekayaan yang Saksama
10. Pembangunan yang Lestari
11. Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara
12. Menerajui Usaha keamanan dan Kesejahteraan Sejagat

Marilah kita bersama-sama menjayakan agenda perubahan ini dan menghulurkan tenaga untuk memperbaiki situasi negara agar mencapai tahap perkembangan dan kemajuan yang lebih baik, insya-Allah.

Selamat menyambut Tahun Baru 2017.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia