Tercencang puar, bergerak andilau

Manakan tidak, itulah hari di mana berlakunya peristiwa bencana pabila Zionis mengisytiharkan negara haram mereka setelah merampas 78 peratus wilayah Palestin dengan zalim dan penuh kerakusan.

 

Pada tahun 1948 itu juga menyaksikan beratus ribu orang Palestin dipaksa keluar daripada kediaman mereka sehelai sepinggang, hanya berkain tiga hasta. Ia tak ubah bagai terlentang berisi air, tertiarap berisi tanah.

 

Cuba kita bayangkan situasi di mana keluarga kita secara tiba-tiba terpaksa melarikan diri akibat bencana ke sebuah negara yang jauh dan asing? Pelbagai persoalan menerpa serentak di benak. Adakah ini satu mimpi atau igauan? Kenapa ianya boleh berlaku? Bagaimana nasib anak-anak nanti?

 

Apa yang mereka nak makan dan minum? Kasihan anak-anak kecil dan polos. Mereka masih belum mengerti akan kekejaman dunia. Mampukah mereka survive? Kepada siapa lagi hendak di adukan nasib dan meminta pertolongan?

 

Kita mungkin terfikir akan dapat kembali suatu hari nanti, sebab itulah kita membawa kunci rumah bersama. Namun, harapan tersebut hancur lebur menjadi debu, bagaikan debu-debu kediaman rakyat Palestin yang runtuh dibedil pesawat-pesawat Zionis sang pengecut!

 

Tetapi sekarang, setelah lebih tiga generasi, mereka tetap tidak dapat kembali semula ke kediaman milik mereka sendiri. Tanah dan kediaman hasil titik peluh dan keringat sendiri kini menjadi milik orang lain. Kegilaan apakah ini? Ketidakadilan apakah yang telah dan sedang berlaku? 

 

Kini pada bulan Mei tahun 2021, genaplah sudah 73 tahun kejatuhan Palestin ke tangan Zionis yang celaka, dan keperitan itu masih lagi dirasai di setiap nadi yang berdenyut. Ia hakikat yang menyesakkan dada dan amat pahit untuk ditelan.

 

Palestin adalah tanah wakaf bagi umat Islam di seluruh dunia dan Masjid al-Aqsa yang terletak di dalamnya adalah simbolik penerusan perjuangan Rasulullah kepada nabi-nabi terdahulu sebelum Baginda.

 

Lantas, mempertahankan Palestin bukan hanya urusan bagi rakyat Palestin semata-mata. Tidak! Sudah tentu tidak! Ia urusan setiap umat yang yang cintakan kedamaian dan keadilan, lebih-lebih lagi bagi yang menggenggam syahadah di jiwanya.

 

“Kalian tidak mahu memikirkan dan mempertahankan Palestin, tidak mengapa! Tetapi ingat, nanti di Padang Mahsyar, kami akan mengadu di hadapan Allah! Ya Rab, jangan pisahkan Palestin daripada kehidupan kami.” (Ismail Haniyeh, mantan PM Palestin)

 

Ibarat telur sekangkak, pecah sebiji pecah semua

 

Mungkin ada tikanya seorang pejuang di sana rasa kelelahan, keletihan, maka dia berniat berehat sebentar; tetapi apabila melihat pada medium sosialnya atau berita tempatannya bahawa ada jiwa nun di ceruk dunia yang sedang menyokong perjuangannya, mana tahu, itulah nafas barunya, pembugar kembali semangat jihadnya!

 

Dan jiwa yang membantu meniup kembali obor perjuangannya itu mungkin kau, aku, kita semua.. lantas ada saham walau sebesar zarah buat kita nanti, insya-Allah.

 

Perbanyakkkan hashtag, tweet dan retweet, kapsyen, Instagram Story atau video TikTok, walaupun kita bukanlah influencer dengan berjuta followers, namun jika kita melakukannya bersama-sama, ia akan menjadi gelombang yang akan menyentakkan dunia dengan kekuatan media sosial ini.

 

Ah, mana mungkin kecaman dan herdikan di media sosial sahaja mampu meruntuhkan keegoan sang pengecut? Apatah lagi bisa menghalau askar-askar laknatullah itu daripada bumi Palestin? Yakinlah, saudaraku.. perasaan bahawa suara kita tidak akan didengari dan hanya sia-sia adalah umpama mengabulkan harapan musuh.

 

Bahkan sikap tidak peduli dan ignorant tersebutlah mengapa Rasulullah menggambarkan dalam hadis Baginda tentang keadaan umat Islam pada suatu ketika nanti tak ubah seperti buih di lautan sahaja (hadis sahih riwayat Abu Dawud, Ahmad dan Abu Nu’aim). 

 

Bukankah Allah itu mengikut persangkaan hamba-Nya? Maka kita perlu terus bekalkan berdas-das tembakan kata-kata semangat dan perjuangan untuk pejuang  Palestin di sana.

 

Zionis telah dan akan sedaya upaya akan cuba memutarbelitkan fakta dan menyembunyikan apa yang sedang berlaku di Gaza, dengan sangkaan seluruh dunia akan terpedaya dengan lakonan palsu mereka tersebut. Sudah tentu, mereka mahu perjuangan membebaskan al-Aqsa hilang lenyap daripada jiwa umat Islam, itulah sikap sebenar sang anjing hitam!

 

Lantaran itu teman-teman, sedarlah bahawa jika kalian masih lagi membisu, diam kalian dan pesimis kalian, hanya akan membuatkan Zionis tertawa riang.

 

Pun begitu, perhatikanlah apa yang hendak dikongsikan. Sahihkan terlebih dahulu sebelum disebarkan. Sulamilah semangat kalian dengan ilmu, perhatikan referensi, sumber berita, gambar dan video yang akan diciapi. Elakkanlah kita menjadi seperti kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu! 

 

Fokus pada pendidikan produktif; bukan sekadar pendebat pemacu, apatah lagi menjadi jaguh berkata-kata yang buruk. Tetaplah kedepankan adab ketika bertindak dan berbicara.

 

Jika kita benar-benar memandang dengan sesungguhnya bagaimana sejarah mengabadikan peristiwa, kita akan mendapat hakikat bahawa Palestin akan kembali bernafas dengan aman dan nyaman ketika ia dipimpin di bawah dakapan Islam kelak.

 

Sebelum tika dan waktu tersebut sampai, ayuh kita teruskan berdoa dan memberi sumbangan semampunya buat Palestin, tanah yang diberkati.

 

“Perumpamaan mukminin dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Jika salah satu anggota badan berasa sakit, maka seluruh badan AKAN TURUT MERASA SAKIT dengan berjaga malam dan demam.” (Hadis Riwayat Ahmad)

 

Khalid Zainol

Foto: Reuters

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia