Tengku Maimun dilantik Pengerusi Majlis Ketua Hakim ASEAN

KUALA LUMPUR – Ketua Hakim Negara, YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dilantik sebagai Pengerusi Majlis Ketua Hakim ASEAN (CACJ) bagi penggal ini hingga 2024, di sini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang menyatakan Tengku Maimun dipilih sebulat suara melalui mesyuarat CACJ kali ke-10.

Badan Kehakiman Malaysia menjadi tuan rumah bagi mesyuarat itu kali ini, di sini.

“Mesyuarat itu dihadiri oleh ketua hakim negara, ketua perwakilan dari 10 negara ASEAN dan pegawai kanan kehakiman masing-masing.”

Manakala Ketua Hakim Negara China, Jepun dan Korea menyertai mesyuarat secara maya.

Dalam pada itu, kenyataan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menyebut, Tengku Maimun akan menerajui CACJ bagi tempoh dua tahun.

Badan Kehakiman Malaysia diamanahkan untuk menerajui dua kumpulan kerja yang penting ditubuhkan di bawah naungan CACJ.

Ia bagi ‘Memudahkan Proses Sivil’ di ASEAN yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed serta Pengurusan Kes dan Teknologi Mahkamah yang dipengerusikan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Amar Iskandar Abang Hashim.

Terdahulu, anak jati Kota Bharu, Kelantan itu menjadi perhatian ramai berikutan kes rayuan Dato’ Sri Najib Tun Razak yang kalah di peringkat Mahkamah Tinggi

Ini fakta menarik berkenaan wanita pertama yang dilantik memegang jawatan tertinggi institusi kehakiman di Malaysia:

1. Ibu kepada empat orang anak ini merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) di Universiti Malaya.

2. Pernah bertugas di Jabatan Peguam Negara, Majistret dan Mahkamah Sesyen sebelum dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada tahun 2006.

3. Memulakan kerjaya pada tahun 1982 sebagai Pegawai Undang-Undang, Lembaga Kemajuan Kelantan (KESEDAR).

4. Pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Khas Hakim Besar Malaya dan Ketua Hakim Negara.

5. Menghakimi pelbagai kes berprofil tinggi seperti kes melibatkan kematian Altantuya Shaariibuu, M. Indira Gandhi, Karpal Singh dan Dato’ Sri Najib Razak.

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia