Tenang dengar ayat al-Quran

Hari terbuka masjid ini dianjurkan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 22 dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation (HCF), Masjid Tengku Kelana Jaya Petra dan IKRAMTeens.

Bertemakan “Who is Muhammad?” bersempena bulan kelahiran baginda Nabi Muhammad SAW, pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa program ini berlangsung antaranya senaman taici yang bermula seawal jam 7.30 pagi.

“Saya kira ini satu program yang lain daripada yang lain selepas melawat keseluruhan aktviti yang dijalankan,” kata Ahli Dewan Negeri (AND) Seri Setia, YB Halimey Abu Bakar ketika ditemui pada program tersebut.

Dalam pada itu, komuniti penduduk Cina turut bersama-sama hadir menyertai senaman taici yang sangat sinonim dengan masyarakat Cina yang dijalankan di perkarangan.

 

“Saya juga ingin menggalakkan seluruh masjid terutama dalam kawasan Seri Setia untuk menganjurkan program-program yang sebegini, bagus untuk orang bukan Islam dan orang Islam juga.”

Antara aktiviti yang menarik perhatian pelawat yang hadir selain Mosque Tour ialah aktiviti di booth “Listen to Your Heart” dan photobooth Hijab Corner, “How Do I Look in Hijab?”

Salah seorang pelawat yang ditemui, Andrew Teh Chuang Peng, sungguh teruja kerana berpeluang mendengar ayat-ayat al-Quran yang dipasangkan oleh sukarelawan Rakan Hidayah. Katanya, ayat al-Quran yang didengarnya sungguh menenangkan jiwa.

Para pelawat wanita yang hadir pula tidak melepaskan peluang mengenakan tudung di sudut Hijab Corner dan begitu teruja kerana pertama kali memakainya. Salah seorang pelawat berbangsa Cina iaitu Xing, menyatakan beliau merasa sangat selamat bila memakai tudung selain terasa lebih cantik.

 

Dalam perkembangan berkaitan, pihak penganjur berharap agar program ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang bagi mewujudkan rasa keharmonian antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini.

Masyarakat bukan Islam tidak juga tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman masuk ke dalam masjid dan mendapatkan maklumat mengenai peranan masjid dan aktiviti yang dijalankan.

Terdapat pelbagai gerai pameran mengenai Nabi Muhammad SAW turut disediakan bagi membolehkan para peserta membaca dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai peribadi baginda.

Selain itu, terdapat juga gerai pemeriksaan kesihatan secara percuma yang dijalankan oleh Pusat Perubatan Kelana Jaya.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia