Tempoh penting putuskan jangkitan

“Kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.

 

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk duduk di rumah (‘stay at home’) sambil mengamalkan etika kebersihan diri misalnya kerap membasuh tangan dan jarakkan diri (sosial distancing) antara satu sama lain.

 

“Sekiranya mempunyai gejala, gunakan penutup hidung dan mulut,” jelasnya.

 

Beliau menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan beberapa perkara sepanjang PKP Fasa 2.

 

“Makan secara sihat dengan menyediakan menu sihat dan seimbang. Kurangkan pengambilan gula, garam dan lemak, manakala lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.”

 

Beliau juga menasihatkan agar orang ramai menjalani gaya hidup yang aktif dengan melakukan aktiviti fizikal ataupun senaman ringan.

 

“Bagi mereka yang merokok, gunakan peluang ini untuk berhenti merokok. Bukan perokok pula boleh ‘speak out’ kepada ahli keluarga yang merokok agar semua bebas daripada bahaya rokok dan asap rokok,” tambah Noor Hisham.

 

Beliau turut menyarankan supaya masyarakat dapat memupuk minda yang positif diri sendiri dan juga ahli keluarga.

 

“Amalkan teknik relaksasi yang betul dan tenangkan minda dalam menjalani kehidupan seharian,” ujarnya.

 

Status terkini hingga jam 12.00 tengah hari pada hari ini menyaksikan pertambahan 140 kes baharu dengan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 sebanyak 2,766 kes.

 

Sehingga kini, terdapat pertambahan enam (6) kes kematian berkaitan COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 43 kes.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia