Telekung baru untuk banduan

Sumbangan diserahkan secara simbolik oleh Ketua Pengurusan Yayasan, Prof Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif kepada Pengarah Penjara Wanita Kajang, PKP Lim Kim Mooi pada penghujung program Program Israk Mikraj dan Ambang Ramadan.

Program ini diserikan dengan forum yang bertajuk ‘Hadiah Buat Ummah’ bersama panelis yang terdiri daripada Ustaz Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi yang lebih dikenali dengan PU Razi, dan Yang Dipertua IKRAM Putrajaya, Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria.

Sementara itu, Puan Faridah Maludin selaku Pengarah Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga (PAKSI), agensi di bawah Yayasan Ikram Malaysia, bertindak sebagai moderator forum dan pengacara program.

Menurut Ainullotfi, walaupun dengan keadaan hujan renyai-renyai, program yang dilangsungkan di bawah khemah di tengah padang penjara itu agak meriah dan dihadiri oleh lebih kurang 200 orang penghuni Muslimah.

“(Banduan terdiri) daripada yang ditahan reman hingga menjalani hukuman, termasuk juga lima orang banduan akhir (yang menanti hukuman mati),” jelasnya.

Tambahnya, ekoran forum tersebut, sebanyak 12 soalan kuiz beserta hadiah telah dilontarkan kepada para peserta program yang menggamatkan suasana.

“Di samping itu juga, kumpulan nasyid penjara sendiri turut menyampaikan dua buah persembahan.”

Pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada para dermawan yang telah menyumbang sehingga melebihi sasaran awal iaitu pembelian 100 set telekung baharu.

Program anjuran Penjara Wanita Kajang dengan kerjasama PAKSI, Yayasan Ikram Malaysia dan i-Bantu ini merupakan lanjutan daripada siri program-program sokongan di penjara tersebut secara berkala sejak sekian lama.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia