Team Building IKRAM tingkat kerja berpasukan

Kira-kira 35 orang kakitangan ibu pejabat IKRAM termasuk Presiden, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dan Setiausaha Agung, Hj Zaid Kamaruddin menyertai team building tersebut dengan kendalian perunding daripada Irshad HR Consulting, Hj Abdul Jalal Bekri bin Ibrahim Azmi pada Sabtu hingga Isnin pada 2-4 November 2013.

Penyampaian Hj Abdul Jalal dan perbincangan berpasukan

Kesemua peserta dipecahkan kepada enam pasukan melalui tujuh slot iaitu:

1. Pendekatan Strategik Terhadap Kerja Berpasukan

2. Cabaran, Halatuju dan Matlamat IKRAM

3. Mencipta dan Berkongsi Misi Bersama

4. Membangunkan Strategi Yang Tepat Bagi Mencapai Prestasi Yang Tinggi

5. Meningkatkan Perhubungan Interpersonal Dan Keutuhan Pasukan

6. Meningkatkan Kerjasama Inter-Pasukan, dan

7. Agenda Tindakan

Semasa program, kebanyakan slot diisi dengan soal jawab dan permainan berorientasikan idea, pendapat, jawapan dan penyelesaian sendiri oleh setiap pasukan.

Pembentangan, hasil kerja berpasukan dan juara keseluruhan

Setiap kerjasama, pembentangan, penyelesaian permainan, respon, pendapat dan jawapan yang bernas oleh setiap pasukan akan diberi markah terkumpul. Pada akhir program, Pasukan 5 (Pejuang Rabi’ah) yang diketuai oleh Sdr Muhammad Nasir Tampol telah menjadi juara keseluruhan.

Semoga kerjasama berpasukan di kalangan kakitangan IKRAM akan memantapkan lagi dalam menggerakkan agenda dakwah dan islah di Malaysia, insya-Allah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia