Tazkirah Di Kedai Kopi: IKRAM Tumpat Tampilkan Kelainan

Tazkirah Di Kedai Kopi: IKRAM Tumpat Tampilkan Kelainan | IKRAM

TUMPAT – Kebiasaannya kedai kopi menjadi tempat makan minum dan berbual kosong sahaja bersama rakan, namun jarang ia dimanfaatkan untuk tazkirah atau pengisian bermanfaat.

Oleh itu, IKRAM Kawasan Tumpat menampilkan kelainan apabila buat julung kalinya menganjurkan program ‘Minum Kopi Bersama Ustaz’ di Kedai Kopi Abe Li, Kota Kubang Labu, di sini pada Sabtu lalu.

“Seramai 15 orang pengunjung telah hadir untuk menikmati sarapan pagi yang ditaja oleh IKRAM Tumpat,” lapor pihak penganjur dalam satu hantaran di FB IKRAM Kelantan.

Tambahnya, program selama sejam itu diadakan untuk menyantuni masyarakat setempat dengan mesej yang ‘santai tapi sampai’.

Sambil minum kopi, para pengunjung disajikan dengan perkongsian yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ismail, Pengetua Akademi Tahfiz Aman berkisar tentang ukhuwah dan kepentingannya dalam Islam.

Sebelumnya, Hj Mokhtar Nordin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan IKRAM Tumpat mengalu-alukan kehadiran pengunjung dan memberi penerangan ringkas tentang IKRAM Tumpat serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan.

“Program yang julung kali dibuat ini mendapat maklum balas yang positif dan dipersetujui diadakan setiap bulan.”

Tahniah IKRAM Tumpat. Semoga program santai sebegini dapat diteruskan dan diperluaskan bagi menyantuni dan mendidik masyarakat dengan mesej positif secara lebih dekat dan santai, insya-Allah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia