Sekretariat menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menyaksikan sendiri pelaksanaan program Qurban anjuran Qurban Kasih Ummah ke salah satu negara tersebut.
Untuk pakej ziarah Filipina, tempat yang akan diziarahi adalah Manila dan Cotabato, Mindanao dengan kos RM880 sementara pakej ziarah ke Vietnam dengan kos RM850.
Kos-kos pakej termasuk makanan, penginapan, pengangkutan di negara yang dilawati beserta takaful perjalanan, tidak termasuk kos tiket penerbangan.
Tempat adalah terhad. Sesiapa yang berminat untuk menyertai ziarah ini, sila hubungi pihak Sekretariat di talian 03-4162 2762 atau Encik Hafidz di talian 019-356 6760 atau melalui e-mel qurban@ramadhan-qurban.org.