Taufan Haiyan: IKRAM lancar tabung bencana bantu mangsa

Taufan Haiyan merupakan antara taufan terburuk yang pernah melanda Filipina di mana ribuan penduduk dikhuatiri terbunuh. Oleh itu, IKRAM menggerakkan usaha untuk sama-sama menghulurkan bantuan pembukaan satu Tabung Bencana Taufan Haiyan di Filipina.

Sumbangan boleh dibuat melalui nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 12029-01006-4630 atas nama Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Timbalan Presiden yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa IKRAM, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom (gambar utama) berkata, apabila datang seruan begini, sebenarnya sebahagian daripada wang ringgit yang berada dalam saku sudah bukan harta kita lagi.

“Ia sudah mahu menjadi harta orang yang dalam kesusahan, jauh susah, daripada kita.”

“Maka kita tidak boleh berlengah untuk menginfakkan sebahagian daripada harta kita untuk bantuan kemanusiaan ini. Bantuan kewangan yang dikumpulkan nanti adalah untuk mangsa taufan, tanpa mengira keturunan atau agama,” ujarnya.

Tambah Dr Hatta yang juga Penyelaras Tabung Bencana Taufan Haiyan Filipina, IKRAM sangat mengambil peduli tentang kenestapaan umat Islam dan insan sejagat terutamanya di Palestin, Syria, Rohingya dan Iraq.

Semalam, IKRAM turut menghantar dua wakil misi kemanusiaan ke Filipina, Wan Mohd Yusof Wan Ismail dan Noorsyazly Rameli untuk menghulurkan sumbangan awal RM30,000 dan mendapat maklumat kemusnahan dengan tepat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia