Tarikh PRN 6 Negeri: Mesyuarat Khas SPR Rabu Ini

PUTRAJAYA – Mesyuarat Khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pilihan raya negeri (PRN) akan diadakan pada Rabu ini.

“Mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Ghani Salleh itu bakal menetapkan tarikh penting seperti writ pilihan raya, hari penamaan calon, pengundian, daftar pemilih dan lain-lain persiapan bagi pelaksanaan pilihan raya,” kata Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak.

Beliau berkata, turut akan diadakan ialah satu sidang media sejurus selepas mesyuarat.

Dalam pada itu, Ikmalrudin turut memaklumkan SPR telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-14 bagi Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada speaker masing-masing.

Terdahulu, Kelantan membubarkan DUN pada 22 Jun lalu diikuti Selangor 23 Jun, manakala Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu masing-masing 28 Jun.

Seterusnya, Negeri Sembilan pula menjadi negeri terakhir membubarkan DUN iaitu pada 1 Julai lalu.

Kesepakatan itu dicapai menerusi pertemuan antara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Datuk Seri Aminuddin Harun (Negeri Sembilan), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor (Kedah), Datuk Ahmad Yakob (Kelantan), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Februari lalu.

Pertemuan itu diadakan ketika sesi minum petang mereka di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 yang bersidang selama dua hari.

Keenam-enam negeri itu tidak mengadakan PRU DUN serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia