Tarikh 1 Syawal: Rujuklah Sumber Rasmi

Tarikh 1 Syawal: Rujuklah Sumber Rasmi | IKRAM

SHAH ALAM – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengingatkan umat Islam di negara ini agar merujuk kepada sumber rasmi termasuk saluran televisyen tempatan bagi pengumuman tarikh 1 Syawal dan sambutan Aidilfitri.

“Saya berharap masyarakat di negara ini tidak mudah percaya atau termakan dengan sebarang sebaran yang dibuat di media sosial mengenai tarikh itu.”

Menurutnya, pengumuman yang terpakai hanya yang diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

“Jangan kita ambil tarikh dari Indonesia atau Emiriah Arab Bersatu dalam TikTok atau WhatsApp. Kita perlu rujuk saluran rasmi maklumat yang disampaikan itu,”

“Apa yang penting, rujuk yang rasmi, tak pasti, jangan kongsi, itu peringatan saya kepada semua.”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Gempak 2023 di Stadium Melawati.

Dalam pada itu, tarikh bagi melihat anak bulan Syawal bagi tahun ini ditetapkan pada petang Khamis, 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijriah dan pengisytiharan tarikh Hari Raya Puasa akan diumumkan pada malam berkenaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen,” katanya pada Isnin.

Menurutnya, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Syawal pada petang Khamis di 29 lokasi seluruh negara.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia