Tangguh Akta Pembaharuan Bandar (URA): Utamakan Keadilan Sosial dan Hak Komuniti

Tangguh Akta Pembaharuan Bandar (URA): Utamakan Keadilan Sosial dan Hak Komuniti

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin menyatakan kebimbangan serius serta pendirian tegasnya berhubung pelaksanaan Akta Pembaharuan Bandar (Urban Renewal Act – URA), yang diperkenalkan sebagai langkah memodenkan kawasan bandar lama dan usang yang tidak lagi sesuai untuk didiami.

Sekiranya diluluskan, pelaksanaan URA boleh menimbulkan pelbagai isu berkaitan kewujudan undang-undang sedia ada, hak pemilik hartanah, dominasi pemaju dan implikasi sosial terhadap komuniti setempat.

Merujuk kepada Kajian Dasar IKRAM Sdn. Bhd. (KADRI), IKRAM mendapati bahawa URA berpotensi mencetuskan ketidakadilan sosial, defisit kepercayaan dan konflik dalam kalangan pemegang taruh sekiranya dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa konsultasi menyeluruh.

Antara kebimbangan utama yang telah dikenal pasti adalah kewujudan undang-undang sedia ada dan ketidakjelasan bidang kuasa, pengurangan ambang persetujuan pemilik, dominasi pemaju dan konflik kepentingan, gentrifikasi dan kehilangan identiti komuniti, dan defisit kepercayaan dan ketelusan proses.

Sehubungan itu, IKRAM menyeru agar pihak berkuasa mengkaji semula URA secara menyeluruh agar selaras dengan prinsip keadilan sosial, kesejahteraan komuniti dan ketelusan pelaksanaan. IKRAM mencadangkan langkah-langkah strategik berikut:

  1. Menangguhkan pelaksanaan URA sehingga kajian impak sosial dan perundangan yang holistik disiapkan oleh sebuah Jawatankuasa Penilaian Khas.
  2. Mewajibkan mekanisme rundingan komuniti yang telus dan libat urus inklusif dengan pemilik hartanah, komuniti setempat dan badan bukan kerajaan (NGO).
  3. Memperkukuh peranan agensi kerajaan seperti Urban Development Authority (UDA) sebagai badan pelaksana utama URA bagi mengimbangi kepentingan awam dan komersial. 
  4. Melaksanakan polisi perlindungan komuniti asal dan pampasan setara termasuk prinsip “one-to-one replacement”, pampasan nilai sentimental dan keutamaan penempatan semula kepada penduduk asal sebagai syarat utama pembangunan semula.
  5. Menggalakkan insentif penyelenggaraan dan pemulihan bangunan sedia ada, melalui insentif cukai, geran dan pembiayaan mudah sebagai alternatif kepada pembinaan semula total.
  6. Memastikan ketelusan maklumat dan akauntabiliti proses melalui penyiaran data impak projek URA secara berkala, audit terbuka dan saluran aduan yang efektif.
  7. Memberikan jaminan kepada pemilik mengenai implikasi kewangan yang akan timbul sebaik memiliki bangunan baru serta bayaran-bayaran tambahan yang perlu ditanggung berbanding sebelumnya.

IKRAM menegaskan bahawa kejayaan URA bergantung kepada keseimbangan antara aspirasi pembangunan yang mampan dan lestari, perlindungan komuniti dan ketelusan pelaksanaan.

Hanya dengan pendekatan yang inklusif dan berfakta, URA mampu menjadi alat pembangunan yang adil dan lestari demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Al-Baqarah: 188) 

Hj. Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia