Tangani kesan emosi, elak tekanan

Ketakutan atau kebimbangan melampau mengenai penyakit jelasnya, boleh mendatangkan kesan emosi yang serius kepada sesetengah individu.

 

“Kami menyeru kepada orang ramai mengambil peduli mengenai kepentingan penjagaan diri dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, bersenam, mendapatkan tidur yang cukup, mengurangkan pengambilan minuman berkafein serta mengelakkan pengambilan alkohol, rokok dan dadah.”

 

Tambahnya lagi, ini merupakan masa yang sangat sesuai untuk berhenti merokok.

 

“Orang ramai dinasihatkan agar meneruskan jadual atau rutin harian yang teratur serta berehat secukupnya,” cadang beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

 

Sebagai contoh, mengamalkan teknik relaksasi seperti kawalan pernafasan, mendengar muzik serta mengendurkan otot dapat membantu mengurangkan rasa gemuruh.

 

“Gunakan masa ini untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, meningkatkan potensi diri, merancang aktiviti bersama serta belajar dalam talian juga mempunyai impak positif kepada kesihatan mental.”

 

Menurutnya, kanak-kanak juga perlu dibantu dalam situasi begini untuk mengurangkan kebimbangan yang dialami oleh mereka.

 

“Jawab persoalan serta kongsikan fakta dengan anak-anak dalam bentuk yang mudah dan boleh difahami serta yakinkan mereka mengenai keselamatan serta langkah-langkah pencegahan yang perlu diamalkan.”

 

Selain itu, membuat jadual yang teratur melibatkan aktiviti pembelajaran, riadah serta rehat dapat membantu anak-anak dalam mengatasi kebosanan berada di rumah setiap masa.

 

“Impak psikologi akibat pandemik telah lama dikenal pasti. Terdapat banyak kajian mengenai gejala gemuruh, kemurungan, tekanan jiwa dan kecelaruan pasca trauma akibat pandemik,” jelas Firdaus.

 

Sebelumnya, berita terkini mengenai petugas kesihatan di luar negara yang disyaki menghidap COVID-19 membunuh diri adalah contoh bagaimana ia boleh mendatangkan tekanan serta kesan emosi yang ketara.

 

“Pandemik itu bukan sahaja suatu fenomena perubatan tetapi secara tidak langsung turut mempengaruhi ekonomi.”

 

Ujarnya lagi, masalah kesihatan mental bukan hanya berpunca daripada ketakutan atau kebimbangan mengenai penyakit tetapi juga disebabkan keadaan itu menjejaskan kewangan, aktiviti harian serta berlakunya pengasingan sosial.

 

“Orang ramai turut dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih mengenai COVID-19 dan tidak terpengaruh dengan berita palsu serta pastikan sumber berita tersebut adalah sahih serta elakkan penyebaran berita palsu,” serunya kepada semua rakyat Malaysia.

 

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyarankan agar semua teruskan berhubung dengan sahabat dan keluarga melalui telefon atau media sosial bagi mengelakkan rasa terasing atau kesunyian.

 

Persatuan Psikiatri Malaysia menggesa mereka yang berasa tertekan agar medapatkan pertolongan serta menggunakan perkhidmatan sokongan psikososial atas talian yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta badan bukan kerajaan.

 

Talian sokongan psikisosial oleh KKM dengan kerjasama Mercy Malaysia boleh dihubungi di talian 03-29359935, 011-63996482, 011-63994236 manakala Befrienders pula di talian 03-79568145.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia