Tambah dana: Ahli IKRAM dijemput sertai myfAd

 “Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM telah memutuskan untuk menjadi affiliate kepada myfAd sebagai salah satu usaha untuk menambah dana IKRAM,” kata Bendahari IKRAM, Profesor Dr Mohd Alauddin Mohd Ali. 

Jelas beliau, myfAd membantu pengusaha-pengusaha syarikat mempromosi (share) iklan mereka dalam Facebook.

“myfAd kini sedang membuka peluang pekerjaan secara part-time kepada semua orang untuk share iklan tersebut dengan pemberian komisen,” tambah beliau.

Katanya lagi, myfAd juga telah memberi peluang kepada NGO yang menjalankan kerja-kerja kebajikan seperti IKRAM untuk menyertainya dengan kaedah menang-menang sebagai affiliate.

“Oleh itu, semua ahli IKRAM dijemput menyertai myfAd dan memilih IKRAM sebagai affiliate,” ujar Dr Alauddin.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myfAd.my atau like Facebook myfAd.

Selain itu, ahli-ahli IKRAM yang mempunyai syarikat untuk diiklankan amat digalakkan untuk menggunakan link promoter IKRAM iaitu http://bit.ly/IKRAMpromotermyfad. Semakin tinggi jumlah pembelian iklan, bermakna semakin tinggi peratus sumbangan mereka untuk IKRAM.

Dengan usaha ini, kerja-kerja kebajikan akan terus dirancakkan lagi dengan peningkatan dana untuk IKRAM, insya-Allah. 

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia