Tamatkan darurat, buka parlimen dan bersama pulihkan negara

 

Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Sivil daripada pelbagai latar belakang amat prihatin dan bimbang dengan krisis kesihatan Covid-19 yang telah membawa kepada pelbagai implikasi negatif terhadap ekonomi dan sosial rakyat jelata.

 

Sejak perintah darurat berkuatkuasa dari bulan Januari 2021, wabak Covid-19 bukan sahaja tidak pulih malahan menjadi semakin melarat dengan pertambahan kes yang tidak terkawal, peningkatan jumlah kematian dan beban berat yang menimpa sistem kesihatan negara.

 

Pada awal bulan Jun 2021, kerajaan sekali lagi terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hal ini telah menimbulkan kerisauan dan pelbagai kesukaran kepada rakyat pelbagai lapisan. Jelasnya, penguatkuasaan perintah darurat sehingga kini gagal untuk menangani wabak Covid-19.

 

Tanpa semak dan imbang yang berkesan, perintah darurat telah merosakkan amalan demokrasi berparlimen. Hal ini telah membawa kepada tindakan-tindakan sewenang-wenang oleh pihak eksekutif tanpa akauntabiliti yang diperlukan.

 

Penguatkuasaan perintah darurat tidak memberi kesan positif kepada pengurusan krisis kesihatan Covid-19. Sehubungan itu, negara bukan sahaja mengalami krisis kesihatan, malahan juga krisis ekonomi dan sosial yang semakin meruncing.

 

Keadaan ekonomi rakyat terus terbeban tanpa pembelaan sewajarnya. Kesejahteraan institusi keluarga terancam menyebabkan pelbagai masalah psikologi dan sosial.

 

Pendidikan anak-anak pula terjejas khususnya dari isi rumah yang tidak mempunyai peralatan atau kemudahan internet. Kadar vaksinasi Covid-19 masih jauh untuk mencapai tahap imuniti kelompok yang membolehkan sektor ekonomi, sosial dan pendidikan dibuka semula.

 

Mengambil kira situasi politik yang amat tidak menentu, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Sivil berpandangan pendekatan yang berbeza beserta inisiatif yang lebih serius hendaklah diambil untuk menangani krisis yang semakin meruncing. Parlimen adalah medan terbaik untuk menyelesaikan krisis ini.

 

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Sivil menggesa agar cadangan-cadangan berikut dilaksanakan untuk menyelesaikan krisis yang sedang melanda:

 

1. Persidangan parlimen hendaklah diadakan dengan seberapa segera supaya ahli-ahli parlimen dapat berperanan khususnya dalam melaksanakan amalan semak imbang dengan berkesan.

 

2. Darurat ditamatkan dan tidak dilanjutkan selepas 1 Ogos 2021.

 

3. Ahli-ahli parlimen merentasi parti mengetepikan perbezaan politik dan bersama-sama berganding bahu untuk menangani krisis kesihatan Covid-19, memulihkan ekonomi serta menyelesaikan krisis pendidikan dan krisis sosial yang melanda negara. Semua pihak, khususnya pihak kerajaan, hendaklah berjiwa besar dan bersikap terbuka dengan melibatkan semua ahli parlimen di dalam usaha menangani krisis-krisis yang melanda.

 

4. Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Sivil serta golongan profesional, teknokrat dan pakar bidang hendaklah dilibatkan secara aktif dalam usaha untuk menangani krisis kesihatan Covid-19 dan krisis-krisis lain yang sedang melanda. Kumpulan-kumpulan ini sewajarnya diberi peranan untuk bersama-sama menyumbang ke arah pemulihan negara.

 

Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Sivil sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk Malaysia dan bersedia berganding bahu dengan pelbagai pihak untuk menyelesaikan krisis-krisis yang sedang melanda negara.

 

Disokong bersama oleh:

1. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
2. Akademi Literasi Politik (SHIELD)
3. Aliran
4. All Women’s Action Society (AWAM)
5. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
6. Demokrat Kebangsaan
7. G25 Malaysia
8. Gabungan Bertindak Malaysia
9. IMAN Research
10. Interactive Muslimah Association (IMAN)
11. Kuala Lumpur & Selangor Indian Chamber of Commerce & Industry (KLSICCI) Women Entrepreneur Development Committee( WEDC)
12. Kuala Lumpur And Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
13. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
14. Malaysia Indian Woman Entrepreneurs and Professional (MiWEPs)
15. Muslim Professionals Forum
16. Pendidikan Ikram Musleh Bhd (IKRAM Musleh)
17. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
18. Persatuan Belia Harmoni Malaysia (Harmoni Malaysia)
19. Persatuan IKRAM Akademia Malaysia (IKRAM Academia)
20. Persatuan Kebajikan Aafiyah Shah Alam
21. Persatuan Kebajikan Prihatin Negeri Kelantan
22. Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health)
23. Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT)
24. Persatuan Penduduk Petaling jaya (MYPJ)
25. Persatuan Profesional Kewangan Muslim Malaysia (MFP)
26. Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM)
27. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
28. Persatuan Wanita Impian Negeri Sabah (WINS)
29. Pertubuhan al-Nur Negeri Kelantan
30. Pertubuhan Iqra Malaysia
31. Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM)
32. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
33. Pertubuhan Muafakat Sabah
34. Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (Pemuda GEMA)
35. Pertubuhan Pendidikan Progresif Kuching
36. Pertubuhan Penulis Isu Isu Wanita Nasional (PENAWAN)
37. Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia
38. Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI)
39. Projek Wawasan Rakyat (POWR)
40. Research And Information Centre On Islam (RICOI)
41. Sisters in Islam
42. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
43. Tamil Foundation Malaysia
44. The United Chinese School Teachers’ Association of Malaysia ( JIAO ZONG)
45. United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong)
46. Yayasan Atfal Jannah
47. Yayasan Ikram Malaysia
48. Yayasan Takmir Pendidikan

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia