Tamanni Project: Bekerjasama demi manfaat mahasiswa

Pertemuan ini bertujuan membincangkan usahasama antara Persatuan Belia Harmoni Serdang dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dalam menjayakan “The Tamanni Project” yang akan bermula hebahannya tidak lama lagi.

“The Tamanni Project” merupakan projek yang dirintis pada tahun lalu bermula di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai satu inisiatif bantuan kewangan kepada mahasiswa yang memerlukan.

Pakej tajaan termasuk bayaran yuran pengajian selama dua semester, elaun bulanan selama dua semester, tajaan yuran pengajian tambahan dan penyediaan program-program pembangunan pelajar.

“Alhamdulillah, Prof. Dr. Roslan dan BHEP menyambut baik cadangan program tersebut akan bekerjasama untuk menjayakannya demi manfaat dan kebaikan mahasiswa UPM,” ujar  Wakil Belia Harmoni Serdang, Muhammad Afiq Ngadni.

Beliau turut memperkenalkan secara ringkas lapan Gagasan Kampus Harmoni.

“Prof. Dr. Mohd Roslan bersetuju kelapan-lapan gagasan tersebut sejajar dengan apa yang pihak universiti perjuangkan selama ini.”

Persatuan Belia Harmoni Serdang juga merakamkan penghargaan kepada Prof Dr Mohd Roslan atas kesudiannya meluangkan masa untuk mengadakan pertemuan ini.

“Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan merentas persatuan-persatuan di universiti demi kebaikan bersama mahasiswa dan warga kampus.”

Turut bersama dalam pertemuan ini wakil IKRAM Sepang, Puan Salwa Idris, wakil Yayasan Bunga Raya, En. Fikri Ahmad dan Ketua “The Tamanni Project”, Khairul Anuar Mohd Isa.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia