Sesi taklimat yang dihadiri staf IKRAM termasuk Presiden, Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha Agung itu diadakan bagi memberi kefahaman yang jelas berkaitan perjawatan, gaji, elaun-elaun dan cuti pekerja. Turut diterangkan adalah kelakuan dan tatatertib, waktu bekerja serta faedah dan kemudahan am. Pelbagai soal jawab dan perbincangan yang berlangsung memastikan taklimat difahami dengan tepat dan memuaskan.
IKRAM merasakan SPIM perlu sebagai rujukan kepada penyediaan sumber manusia, penyediaan struktur organisasi yang mantap dalam melaksanakan operasi harian serta tawaran skim gaji yang munasabah dan menarik.
Ahli Lembaga SPIM dipengerusikan oleh Timbalan Presiden IKRAM Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom dan turut dianggotai oleh Naib Presiden Hj Syed Ibrahim Syed Noh, Bendahari Prof Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Hj Shaharom Md Shariff dan Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.