Tajaan iftar untuk 1,000 mualaf

Majlis ini akan diadakan pada Sabtu, 18 Jun 2016 (13 Ramadan) di IDCC Shah Alam, Selangor dan pada Sabtu, 25 Jun 2016 (20 Ramadan) di TM Convention Centre, Kuala Lumpur. Sementara itu, majlis yang sama turut bakal diadakan di setiap negeri di seluruh negara.

Majlis MIPHC ini dianjurkan setiap tahun dan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Ibadah berpuasa adalah perkara yang baharu bagi muallaf dan HCF sentiasa memastikan mereka tidak berasa terasing daripada masyarakat Islam yang lain.

MIPHC Selangor pada 18 Jun bakal menampilkan Pensyarah Kanan UIAM Dr Zaharuddin Abd Rahman, artis jemputan Munif Ahmad (Hijjaz), Presiden MRM Firdaus Wong, Presiden Skuad Mubaligh Zamri Vinoth dan Cikgu Kamaruzaman, Pengerusi Hidayah Centre Hulu Selangor.

MIPHC Kuala Lumpur pada 25 Jun pula bakal menampilkan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin, pendakwah Ustaz Fitri Abdullah, artis jemputan Mu’adz Dzulkefly dan pelajar cemerlang mualaf, Nurul Lim.

Oleh itu, HCF menjemput pelbagai pihak seperti badan-badan kerajaan, syarikat swasta, NGO dan orang perseorangan untuk memberi sumbangan dan tajaan berbuka puasa kepada saudara baru dan meraikan mereka bersama melalui pembelian meja dan kerusi dalam majlis tersebut.

Sumbangan dan tajaan boleh dibuat dengan tiga cara iaitu:

1. Melakukan transaksi secara online melalui pautan berikut:

Tajaan Kerusi
Gold – RM500 http://bit.ly/1NnEWPD
Silver – RM300 http://bit.ly/1YKriHb
Bronze – RM200 http://bit.ly/1NF633I

Tajaan Meja
Platinum – RM10,000
Gold – RM5,000 http://bit.ly/2478BRu
Silver – RM3,000 http://bit.ly/213AJ6m
Bronze – RM2,000 http://bit.ly/1r3MmxG

2. Memasukkan sumbangan dan tajaan ke akaun berikut:

(i) HIDAYAH CENTRE FOUNDATION (BANK ISLAM – 1211 3010 0494 33) untuk majlis di Shah Alam
(ii) HIDAYAH CENTRE FOUNDATION (BANK RAKYAT – 1104 6100 0356) untuk majlis di Kuala Lumpur

3. Layari http://www.iftarperdana.com atau membuat sumbangan umum secara online di http://bit.do/taja-iftar.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Hidayah Centre di talian 03-4108 9669 / 03 4105 3766 atau e-mel iftarperdana@hcf.org.my

Hidayah Centre (HCF) dengan peranannya sebagai organisasi yang menawarkan sokongan dan juga bantuan kepada saudara baru, sentiasa berusaha untuk menyantuni golongan ini dengan kaedah yang terbaik.

Saudara baru yang telah memeluk Islam akan berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Masalah yang biasa berlaku ialah disisihkan oleh ahli keluarga, kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan serta kesukaran mendapatkan bantuan serta bebanan hutang yang tidak terjangka.

Selain iftar perdana, inisiatif lain yang diwujudkan oleh HCF dalam usaha untuk menyantuni saudara baru ialah Ansar Initiative, Sejuta Harapan, Program Ziarah Muallaf dan Reverts Gathering.

Perancangan yang baru adalah untuk mewujudkan Skim Bantuan Perniagaan Muallaf yang akan berfungsi untuk memastikan golongan yang berpotensi diberi bantuan dan memastikan kelangsungan hidup mereka.

Majlis iftar yang bakal diadakan ini diharapkan dapat memberi sokongan untuk saudara baru agar terus kuat dan istiqamah dalam menjalani ibadah puasa terutamanya bagi mereka yang melaksanakan ibadah ini buat pertama kali dan kita seharusnya memberi suntikan semangat dan moral kepada mereka.

Daripada Zaid bin Khalid RA daripada Nabi SAW sabdanya:

“Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikit pun.” (HR Tirmidzi)

Semoga tajaan ini memberikan kegembiraan untuk saudara baru dan dapat membuka ruang untuk kita melipat gandakan pahala kita pada bulan Ramadan, insya-Allah. Saudara Kita, Amanah Bersama.

Sumber: FB Hidayah Centre | http://www.hidayahcentre.com/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia