Tahniah Faizal Tahir! – Dr Hafidzi

“Tahniah Faizal Tahir atas penampilan terbaik (sebagai) naib juara dalam AJL30. Tahniah kepada kedua ibu bapa beliau, Dr Tahir Abd Rahman (Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE – Penyelaras i4SYRIA) dan kak Muzi (isteri),” kata beliau. 

Menurut beliau, semasa MyCARE Europe Tour di St Etienne, France anjuran ARIF France, Faizal Tahir mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kedua ibu bapanya yang telah menyediakan landasan yang betul dalam hidupnya.

Ketika bersama Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Pengerusi Aqsa Syarif pertama) ke Lubnan melawat kem pelarian Palestin pada tahun 2010 bersama Aqsa Syarif (kini Aqsa Syarif adalah agensi MyCARE) dan TV3, beliau mengutip kata-kata Faizal Tahir semasa sidang akhbar selepas pulang ke tanah air:

“Saya banyak masalah. Tetapi setelah melihat kesusahan rakyat Palestin, saya rasa selama ini saya tidak ada masalah.”

“Sejak dari itu, saya yakin Faizal Tahir tidak pernah menoleh ke belakang dan penderitaan umat Islam di Palestin, kini di Syria sentiasa ada dalam fikirannya dan memacu perjuangannya dalam seni nyanyian,” jelas Dr Hafidzi.

“Teruskan perjuanganmu Faizal Tahir! Terima kasih rakyat Malaysia atas sokongan semua.”

Sementara itu, Pengerusi IKRAM Siswa USIM Nilai, Muhammad Miqdam Mohd Rashid berkata, sesuatu yang membanggakan apabila Faizal Tahir berjaya membawa isu kemanusiaan dalam persembahannya.

“Saya amat tersentuh dengan imej dan background footage semasa Faizal melakukan persembahan. Wajah sedih mangsa peperangan merintih perlu dibela manusia dunia sejagat,” ujarnya.

Menurutnya, di sebalik para artis hari ini mendendangkan lagu berbaur cinta dan hiburan, Faizal Tahir berjaya melahirkan rasa cinta beliau kepada mangsa peperangan seluruh dunia hari ini seperti Syria, Palestin dan sebagainya melalui lagu yang agak bersahaja, Assalamualaikum.

Sumber: FB i4SYRIA | MyCARE

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia