Rabbaniyah Dalam 10 Hari Awal Bulan Zulhijjah

Hari-hari hilal bulan Zulhijjah menemui kita. Hari-hari musim kebaikan kembali menghampiri kita. Bulan yang penuh berkat dan limpahan kebaikan berisikan keutamaaan kewajiban agama, iaitu kewajiban berhaji dengan manasik, perjalanan iman dan ibadah, makna pengorbanan, pengabdian, jihad dan mujahadah.
Travelog Ziarah & Qurban Kasih Ummah 1435H ke Filipina

Program Ziarah & Qurban Kasih Ummah (QKU) 1435H ke Filipina bermula dari 3 hingga 6 Oktober 2014 lalu untuk ziarah dan memantau pelaksanaan ibadah qurban di sana serta menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Berikut adalah catatan kembara ke Filipina oleh Saudara Abdul Hafidz Hashim, Pengurus Operasi QKU 1435H.
Hukum Agih Daging Korban Kepada Bukan Muslim

Isu yang sering ditimbulkan dalam ibadat korban ialah amalan korban dalam masyarakat berbilang atau silang agama. Dalam konteks masyarakat silang agama, yang penting ialah usaha meletakkan Islam di tempat dapat dilihat oleh semua pihak sebagai satu sistem yang mampu memesrakan hubungan dalam kehidupan seharian.
Implikasi ibadah qurban dalam perjuangan membebaskan al-Aqsa

PERUTUSAN AQSA SYARIF SEMPENA EIDUL ADHA 1433H
Saat ini lebih dua juta umat Islam sedang berada di Makkatul Mukarramah untuk melaksanakan ibadah haji, kemuncak kepada rukun Islam kelima. Hari Raya Haji juga disebut sebagai Yaum-un-Nahar atau hari menyembelih haiwan qurban. Hari itulah yang disambut sebagai Eid-ul-Adha, Hari Raya yang dikaitkan dengan ibadah, udhiya atau korban.