PELANCARAN PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
20 Jun 2010 / 7 Rejab 1431
PELANCARAN PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
Hari ini kita menyaksikan pelancaran satu pertubuhan bukan kerajaan yang baru didaftarkan pada 22 Oktober 2009. Setakat ini IKRAM mempunyai enam puluh sembilan (69) cawangan daerah dan empat belas (14) cawangan negeri. Ahlinya sudah menjangkau tiga ribu lima ratus (3500) orang.
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah NGO Islam yang komprehensif dan yang berusaha untuk menegakkan Islam di Malaysia. Perlembagaan IKRAM menyebut matlamatnya seperti berikut:
-
Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
-
Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
Perutusan Presiden sempena ulang tahun pertama pendaftaran IKRAM
PERUTUSAN PRESIDEN IKRAM
Sempena Ulang Tahun Pertama Pendaftaran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
15 Zulkaedah 1431 bersamaan 23 Oktober 2010
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Segala pujian bagi Allah s.w.t yang telah menyempurnakan agama-Nya, melengkapkan nikmat-Nya dan merelai Islam sahaja sebagai ad-Din, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya sehingga ke hari al-qiamah… Amin!