Tadau Kaamatan Harmoni disambut meriah

Tadau Kaamatan Harmoni Disambut Meriah | IKRAM

RANAU – Sambutan Tadau Kaamatan Harmoni Peringkat Negeri Sabah 2022 berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti menarik di Pentas Budaya, Kundasang, di sini pada Sabtu, 18 Jun lalu.

Sambutan  Tadau Kaamatan patuh syariah ini disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia (KDMRS Muslim), Hj Nicholas Sylvester.

Sebahagian peserta dan pengunjung sambutan yang hadir

Sambutan Tadau Kaamatan Harmoni kali ini dianjurkan oleh KDMRS Muslim dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation (HCF), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Gabungan NGO Islam Negeri Sabah (CONCERN), Majlis Dakwah Negara (MDN), Malaysia Chinese Muslim Association (MACMA) dan Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT).

Johan Kontinjen Terbaik

Menurut HCF, pelbagai aktiviti dijalankan seawal pagi seperti perarakan kontinjen yang mewakili dari serata kawasan seluruh Sabah dengan busana tradisional Islamik, pertandingan fesyen etnik kanak-kanak, gerai pameran pelbagai agensi serta pertandingan memasak.

Turut hadir dalam sambutan ini Ustazah Zatuliffah Md Aslie (JHEAINS Ranau), Ir Dr Muhammad Fuad Yeoh Abdullah (Pengerusi HCF), Hj Muhammad Fakharuddin Abdul Kudos (Ketua Pegawai Eksekutif HCF) dan Ahli-ahli Lembaga HCF, Ustaz Ramlee Daud (Penolong Pengarah YADIM Sabah), En Johari Buning (Presiden SAHABAT) dan En Jaafar Mahmud (Setiausaha CONCERN).

Johan Fesyen Kanak-kanak

Tambah HCF, pihaknya turut membawa barisan dai bagi memberikan penerangan mengenai Islam buat tetamu terutamanya yang bukan beragama Islam yang turut hadir dalam sambutan ini.

“Alhamdulillah, dua orang tetamu telah menyatakan kesediaan untuk bersyahadah tanpa sebarang paksaan. Semoga terus istiqamah mempelajari Islam.”

Dalam pada itu, Hj Nicholas mengucapkan syabas dan tahniah kepada aktivis KDMRS Muslim dan rakan-rakan NGO yang bekerjasama bagi menjayakan Tadau Kaamatan Harmoni pada tahun ini.

Pasukan Hidayah Centre Foundation

Sebelumnya, pihak penganjur turut mengadakan sambutan ini di empat zon iaitu Zon Utara di Pekan Matunggong (4 Jun), Zon Pantai Barat di Tamparuli (5 Jun), Zon Pantai Timur di Lahad Datu (11 Jun) serta Zon Pedalaman di Apin-Apin (12 Jun) dan sambutan kemuncak di Kundasang, Ranau. 

Semoga penganjuran program ini mampu mengetengahkan nilai tradisi tanpa mengabaikan nilai syariat dan seterusnya merancakkan lagi jalinan kerjasama antara pihak-pihak yang terlibat, insya-Allah.

Lagi foto sambutan: HCF Sabah

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia