Tabung Mask4Kids sedia pelitup muka untuk pelajar kurang mampu

Pelancaran tabung itu bertujuan membantu meringankan bebanan ibu bapa dalam menyediakan keperluan anak-anak yang bersekolah dengan menyediakan pelitup muka jenis pakai semula (boleh dibasuh) yang menepati saranan WHO.

“Kita mengeluarkan belanja sebanyak RM77,350 sebagai permulaan bagi projek ini dengan sasaran awal 3,000 pelajar akan menerima manfaatnya bagi tempoh tiga bulan penggunaan,” kata Ketua Pengurusan Yayasan IKRAM Malaysia, Prof Madya Hj Ainullotfi Abd Latif dalam ucapan perasmiannya.

Beliau yang juga Naib Presiden MAKPEM berkata, ia diadakan bersesuaian dengan sambutan 63 tahun kemerdekaan Malaysia.

“Kita berharap dapat menyasarkan lebih tinggi jumlah yang akan menerima manfaat iaitu 63,000 pelitup muka dikeluarkan pada masa akan datang.”

Usaha ini dijangka akan meringankan beban keluarga yang kurang mampu, menjimatkan perbelanjaan harian mereka dan menyelamatkan alam sekitar dengan mengurangkan sampah pelitup muka.

Seramai 70 orang pelajar termasuk guru pengiring daripada sekolah rendah dan rumah anak yatim di bawah seliaan MAKPEM hadir memeriahkan majlis pelancaran ini. Turut hadir dalam perasmian tersebut ialah Naib Presiden MAKPEM, Dato’ Mah Hassan.

Sumbangan untuk Tabung Bantuan Khas Mask4Kids boleh disalurkan melalui pautan http://yayasan.ikram.org.my/mask4kids/ atau akaun Yayasan Ikram Malaysia 562142404402 (Maybank) dengan rujukan ‘mask4kids’ dan e-mel bukti bayaran ke [email protected].

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia