‘Sunathon’ khatankan 30 anak kariah Masjid Al-Muhtadin

Program anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Petaling Jaya ini dijayakan dengan kerjasama Jawatankuasa Pentadbir Masjid Al-Muhtadin.

Imam 1 Masjid Al-Muhtadin, Ustaz Mohd Fadzil dalam ucapan alu-aluannya mengingatkan para hadirin tentang lima fitrah setiap Muslim iaitu menggunting bulu ari-ari, berkhatan, menggunting misai, mencabut bulu ketiak & memotong kuku.

sunathon 2Yang Dipertua IKRAM Petaling Jaya, Ustaz Ahmad Fauzi Asmuin yang dijemput menyampaikan ucapan kemudiannya mengambil kesempatan memperkenalkan IKRAM Petaling Jaya yang baru ditubuhkan. Menurut beliau, sebahagian ahli IKRAM Petaling Jaya sebenarnya telah lama aktif dalam wadah lain seperti JIM Petaling Jaya & ISMA Petaling Jaya.

Program Sunathon juga merupakan kesinambungan kepada program sama yang diadakan pada tahun-tahun sebelum ini di bawah anjuran ISMA Petaling Jaya.

sunathon 3Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi MPP Petaling Jaya Utara, Haji Syed Abdul Malik Al-Jeffri.

Acara menyerupai adat tradisi iaitu pancuran air ke atas para peserta Sunathon sangat menarik perhatian. Acara tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Bomba yang didatangkan khas oleh pihak penganjur.

Sebahagian tenaga penting yang menjayakan Sunathon 2010 adalah ahli-ahli IKRAM-Health iaitu Prof Madya Dr Mohamed Ikram Mohamed Salleh, Dr Khairul Azman dan Prof Dr Abdul Latif Mohamed yang merupakan doktor-doktor pakar dari Hospital Pakar An Nur, Bangi berserta 15 orang pelajar perubatan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).

Bersempena dengan majlis tersebut juga, Aqsa Syarif Petaling Jaya membuka gerai pameran, jualan barangan Palestin dan melancarkan ‘Tabung Palestin’.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia