Warga Singapura salur sumbangan bantu mangsa banjir

SERI KEMBANGAN – Yayasan Ikram Malaysia dan Hidayah Centre Foundation telah diberi kepercayaan oleh sebuah pusat pendidikan di Singapura, Aspire Institute untuk menyalurkan sumbangan berjumlah hampir RM280,000 bagi membantu mangsa banjir di Malaysia.

 

Dana sumbangan ini telah diterima melalui Puan Sharifah Haslinda Syed Sulaiman, salah seorang penyelia di Aspire Institute secara pindahan telegrafik pada Jumaat lalu.

 

Yayasan Ikram Malaysia telah menerima sumbangan berjumlah kira-kira RM155,000 manakala Hidayah Centre Foundation telah menerima sumbangan berjumlah kira-kira RM125,000.

 

“Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan urusan kepada Aspire Institute,” kata wakil Yayasan IKRAM Malaysia melalui hantaran Facebooknya.

 

“Insya-Allah dengan amanah dan kepercayaan ini, akan kami lakukan yang terbaik semampunya.”

 

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Mahdzir Md Isa berkata, pihaknya amat menghargai sumbangan Aspire Institute yang melambangkan keprihatinan rakyat negara lain untuk membantu mangsa banjir.

 

Tambahnya, banyak pihak, NGO, agensi dan individu prihatin yang menyalurkan sumbangan melalui institusi-institusi IKRAM.

 

“Kami percaya ini adalah kerana kepercayaan terhadap komitmen dan ketelusan institusi-institusi IKRAM dalam mengurus bantuan,” ujar beliau yang juga Pengarah Pusat Operasi Banjir IKRAM.

 

Tambahnya, lebih 2,500 sukarelawan telah dan sedang turun di lapangan bagi membantu mencuci rumah, bangunan dan menyalurkan pelbagai jenis barang bantuan.

 

Menurut Pengurus Pusat Operasi Banjir IKRAM, Mohd Iqbal Hakim Mohd Adnan, dengan perkembangan terbaru banjir yang melanda Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah, pusat operasi banjir di sana turut diaktifkan.

 

“Kita sedang mengenal pasti bentuk bantuan dan menyusun keperluan untuk para sukarelawan turun di sana.”

 

“Ahli-ahli IKRAM serta sukarelawan institusi-institusinya sentiasa bersiap siaga untuk turun membantu, insya-Allah,” jelasnya.

 

Kata beliau lagi, setelah hampir tiga minggu Pusat Operasi Banjir IKRAM ditubuhkan, lebih 400 misi bantuan telah dilaksanakan.

 

“Antara jenis-jenis bantuan yang telah disalurkan berupa set tidur, set kelengkapan dapur, set barangan memasak, set kelengkapan solat, set susu dan keperluan bayi dan sebagainya.”

 

Sumbangan dan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir masih diperlukan untuk mereka meneruskan kehidupan. Mereka yang dermawan boleh menyumbang melalui pautan https://bit.ly/ikram-bantu-banjir.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia