Sultan Perak Pengerusi MKI: IKRAM Merafak Sembah Setinggi Tahniah

Sultan Perak Pengerusi MKI: IKRAM Merafak Sembah Setinggi Tahniah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Al-Maghfur-Lah atas pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa pada 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.

Pelantikan Baginda diperkenan pada Mesyuarat Majlis Raja Raja (MRR) Kali Ke-265, menggantikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah tamat menjalankan tugas sebagai Pengerusi MKI selama dua tahun.

IKRAM menjunjung kasih atas segala jasa dan khidmat bakti Baginda Sultan Selangor yang cemerlang sebagai Pengerusi MKI bagi membincang dan memutuskan perkara-perkara berkaitan aspek pengurusan hal ehwal Islam, perundangan Islam dan pendidikan agama Islam.

Antara sumbangan Baginda semasa menerajui MKI ialah penstrukturan baharu MKI, penubuhan lima jawatankuasa di bawah MKI, menyelesaikan beberapa isu besar yang berbangkit dalam kalangan umat Islam secara tuntas dan harmoni, seperti isu kalimah Allah dan cetusan idea penubuhan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Sehubungan itu, IKRAM mendoakan agar Allah SWT memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada Pengerusi MKI baharu, DYMM Sultan Nazrin Muizuddin Shah untuk menjalankan tugas ini dengan cemerlang, insya-Allah.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia