Sukarkah Mengungkap Ucapan Maaf dan Terima Kasih?

Sukarkah Mengungkap Ucapan Maaf dan Terima Kasih? | IKRAM

Situasi 1: 

“Ehh maaf, pak cik” kata seorang wanita yang melanggar bahu seorang pak cik tanpa sengaja. Pak cik tersebut menggangguk tanda tidak mengapa. 

Situasi 2: 

“Nah, bakinya dua belas ringgit ya. Terima kasih. Datang lagi,” kata si penjual sambil tersenyum. “Terima kasih. Sama-sama,” balas si pembeli pula. 

Kedua-dua situasi di atas sememangnya sudah sinonim dalam kehidupan rakyat Malaysia. Ungkapan maaf dan terima kasih bukanlah ungkapan berat untuk disebut oleh kita semua, malahan sudah pun sebati dalam diri.

Ungkapan maaf dan terima kasih bukanlah sekadar untuk menunjukkan penyesalan atau penghargaan, tetapi juga adalah sebahagian daripada adab sesama manusia sebagaimana yang dianjurkan dalam agama Islam. Rasulullah SAW juga pernah bersabda (maksudnya):

“Barang siapa yang dilakukan kepadanya kebaikan, lalu dia berkata kepada orang tersebut, semoga Allah membalasmu dengan kebaikan, maka sesungguhnya dia telah memberikan sebaik-baik pujian.” (HR Tirmizi, 2035, Hadis Hasan)

Namun begitu, perkataan maaf dan terima kasih ini lebih mudah untuk disebut dan dilontarkan kepada orang yang tidak rapat atau bukan ahli keluarga, seolah-olah perkataan tersebut hanya sesuai untuk diberikan kepada mereka sahaja.

Ungkapan bahasa Inggeris juga ada menyebut, “There is no sorry and thank you in friendships.” 

Jika perkataan maaf dan terima kasih benar-benar tidak perlu dan tidak wujud dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat, bagaimanakah sesebuah perdamaian dan penghargaan akan dipertontonkan?

Benar, perbuatan lebih menggambarkan keikhlasan hati berbanding kata-kata. Namun, sebagai seorang insan yang bernama manusia, tidakkah hati akan lebih tenang dan memahami jika sesuatu itu dipertuturkan?

Ungkapan maaf dan terima kasih ini tidak seharusnya hanya dipraktikkan atau dituturkan kepada orang luar dan bukan ahli keluarga sahaja.

Dalam Islam, orang pertama yang perlu kita taati selepas Allah dan Rasul ialah ibu dan bapa. Selepas ibu dan bapa pula, orang lebih penting untuk diutamakan ialah ahli keluarga terdekat. Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Apabila sahabat kalian meninggal dunia, maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya).” (HR Tirmizi, 3895, Sahih))

Oleh sebab itu, bagi mengekalkan ikatan ahli persaudaraan antara keluarga dan juga sahabat, perkataan terima kasih dan maaf seharusnya menjadi perkataan yang sering dituturkan dan tidak perlu adanya istilah “malu” untuk berbuat demikian. 

Kadangkala dengan hanya ucapan terima kasih dan maaf, sesebuah perhubungan yang hampir retak dapat diselamatkan dan kembali membawa ketenteraman dan kedamaian.

Jadi, terapkanlah ungkapan terima kasih dan maaf dalam ucapan antara keluarga dan sahabat supaya sentiasa menjadi kebiasaan. 

Afifah Basirah Salleh 
Pelajar Doktor Falsafah Sastera Melayu
Universiti Malaya

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia