Sukarelawan IMPAK diperlukan bantu elak murid keciciran

Program anjuran Jawatankuasa Keciciran GBM dengan kerjasama Tamil Foundation  dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ini diadakan untuk melibatkan peranan ibu bapa bagi membantu murid-murid yang kurang berminat dalam pembelajaran seterusnya mengelakkan mereka daripada terus tercicir. 

Menyedari peranan ibu bapa sangat penting dalam mempengaruhi pembelajaran anak-anak, bengkel IMPAK ini membolehkan ibu bapa menguasai cara membantu anak-anak dari segi pembelajaran di rumah, menyelesaikan masalah pembelajaran anak-anak yang seterusnya dapat membantu ibu bapa membangunkan sahsiah anak-anak .

“Penglibatan ibu-bapa yang memainkan peranan penting dalam pembelajaran anak-anak dapat membantu para guru meningkatkan prestasi akademik anak-anak terutama pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran.

“Kejayaan Tamil Foundation menjalankan dan memperkenalkan program ini di Malaysia yang dilaksanakan dalam masyarakat India dan menamakan semula ia sebagai IMPAK menjadi pencetus untuk kami menjalankan ia untuk kaum Cina dan Melayu dan menterjemahkan ia kedalam dua bahasa tersebut,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Keciciran Pelajar GBM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari dalam sidang media semalam.

Dengan menyasarkan golongan ibu-bapa kepada murid sekolah rendah, bengkel IMPAK yang akan berjalan pada tahun hadapan akan menerangkan cara dan teknik yang sesuai digunakan ibu bapa dari segi pembelajaran di rumah.

Pihaknya juga mengalukan-alukan penglibatan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang berminat dengan bengkel ini untuk turut serta.

Beliau yang juga Naib Presiden IKRAM berkata penglibatan IKRAM melalui Jawatankuasa Belia Remaja dan Jawatankuasa Masyrakat Madani , Majlis Guru IKRAM dan IKRAM-MUSLEH dengan penglibatan belia dan guru-guru sekolah rangkaian IKRAM diharap dapat membantu kelangsungan bengkel IMPAK ini.

Selain itu, menurutnya GBM juga sedang berusaha gigih mencari dana bagi menjayakan bengkel ini supaya terlaksana dengan jayanya.

Bengkel ini terdiri dari 10 komponen bagi membantu ibu bapa mengenali kepentingan sikap, persekitaran keluarga, teknik belajar, teknik persediaan peperiksaan, pengurusan kewangan keluarga, kesihatan dan pemakanan dalam aspek pembelajaran anak-anak.
Latihan percuma akan diadakan di Bangunan Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) untuk melatih para sukarelawan menjadi fasilitator. Fasilitator bertauliah ini kemudiannya akan dihantar ke sekolah-sekolah yang dipilih bagi mengendalikan bengkel IMPAK.

Mereka yang berminat menjadi fasilitator bengkel ini boleh menghubungi Sekretariat GBM untuk mendapatkan borang permohonan untuk dilengkapkan dan e-mel kepada infogpoam@gmail.com sebelum 31 Disember 2015.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Jawatankuasa Keciciran GBM di pejabat Sekretariat GBM di Tingkat 1 Bangunan KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) dengan nombor telefon 03-2272 3594 / 017-3985 606 atau merujuk laman web www.gbm.org.my.

Foto Sidang Media Jawatankuasa Keciciran GBM: http://on.fb.me/21dysXr
Iklan sukarelawan: http://on.fb.me/1lh0pwF

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia