Suami isteri mula misi berbasikal ke Makkah

AHMAD MOHD. ISA dan isteri, Noradilah Mohd. Sapie memegang Jalur Gemilang dalam Majlis Pelepasan Misi Kembara Memburu Hikmah di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam. 

Pasangan tersebut bakal berkayuh merentasi kira-kira 13 negara bagi melaksanakan misi yang dijangka memakan masa selama hampir setahun.

Menurut Ahmad, antara negara yang bakal dilalui termasuk Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Bahrain dan Arab Saudi.

Ahmad yang juga seorang arkitek berkata, dia dan pasangan telah membuat persediaan rapi kira-kira setahun lalu menerusi latihan berbasikal ke beberapa lokasi di Semenanjung serta kayuhan di Indonesia.

“Kami bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) akan menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di setiap lokasi hentian.

“Selain itu, kami akan cuba mengumpul pelbagai maklumat mengenai Islam daripada penduduk di negara yang dilalui. Hasilnya akan dibukukan untuk dikongsi dengan orang ramai,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Pelepasan Misi Kembara Memburu Hikmah di pekarangan Masjid Negara di sini.

Acara tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Yusri Mohamad dan turut dihadiri Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamed Al-Bakri.

Sementara itu, Noradilah berkata, mengembara ke serata dunia terutama ke Makkah merupakan satu impiannya sejak kecil lagi.

“Saya berharap dengan sokongan padu daripada keluarga, kami dapat menyempurnakan misi ini sebaik mungkin. Kami juga merangka beberapa strategi bagi memastikan misi ini terlaksana,” ujarnya.

Ibu kepada Ahmad, Nuridah Mohd. Isa, 50, berkata, beliau menyokong penuh cita-cita anaknya dalam menjayakan misi kemanusiaan tersebut.

“Diharapkan cita-cita Ahmad dan isteri tercapai sekali gus mencetus inspirasi kepada anak muda lain untuk mengikut jejak langkah mereka,” katanya.

Sumber: Utusan Online | 9 April 2016 | http://bit.ly/1T8UmUz

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia