SUA ajak kakitangan IKRAM tingkatkan ilmu, keterampilan

Setiausaha Agung (SUA) IKRAM yang baharu, Hj Nahar Md Nor berkata, kedua-dua perkara tersebut sangat penting untuk diberi perhatian supaya kakitangan IKRAM dapat memantapkan lagi sumbangan kerjaya mereka. Ia juga penting bagi memastikan setiap kakitangan jelas akan tanggungjawab mereka dan supaya kerja-kerja yang mereka laksanakan selari dengan Perancangan IKRAM serta hala tuju ahli-ahli jawatankuasa IKRAM Pusat (JKP).

“Kakitangan sepenuh masa perlu tahu apa yang JKP inginkan. JKP akan diukur dari sudut outcome (kesan hasil kerja), tetapi kakitangan diukur dari sudut output (sumbangan operasional untuk menghasilkan kesan),” ujar Hj Nahar.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan pertamanya dengan petugas-petugas sepenuh masa IKRAM di ibu pejabat pertubuhan itu di sini pagi tadi. Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad yang terdahulu menyampaikan amanat bulanan beliau kepada semua kakitangan.

IKRAM mempunyai sejumlah 45 orang kakitangan yang bertugas secara sepenuh masa dalam pelbagai jawatankuasa, institusi dan agensi sesuai dengan kewujudannya sebagai sebuah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan.

Menurut Hj Nahar, setiap jawatankuasa dan jabatan perlu memperkemas tiga perkara:

  1. Kajian (melibatkan penulisan dan pembangunan modul yang akhirnya diterbitkan dalam bentuk buku, contohnya manual untuk Unit Pemantapan Keluarga IKRAM atau UPKI)
  2. Penyimpanan data (dokumentasi dan pangkalan maklumat yang tersusun)
  3. Pemerkasaan penggunaan Sistem Pengurusan IKRAM (SPI)

SUA turut menyentuh isu-isu lain seperti penambahbaikan disiplin masa kerja di dalam dan di luar pejabat, keperluan latihan berterusan untuk kakitangan dan cabaran untuk meningkatkan lagi imej apabila ibu pejabat sekarang berpindah ke Kompleks IKRAM yang baharu (dijangka pada Ogos ini). Selain itu, beliau turut berharap agar setiap portfolio dalam IKRAM mampu menulis kenyataan media berkaitan isu-isu semasa tertentu yang melibatkan bidang masing-masing.

Sebagai SUA yang baru mengambil alih amanah daripada penyandang terdahulu, Hj Zaid Kamaruddin, Hj Nahar mengharapkan sokongan padu daripada semua kakitangan sepenuh masa untuk terus menjayakan IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia