Struktur baru Ibu Pejabat IKRAM jayakan RI1619

Menurut beliau, struktur baru ini bertujuan untuk menjayakan Rancangan IKRAM 2016-2019 (RI1619) yang bermatlamatkan untuk “Memacu Perubahan Masyarakat dan Negara” dan mengoptimumkan peranan kakitangan dengan lebih efektif. 

Dalam taklimat Sesi Penerangan Struktur Baru Ibu Pejabat IKRAM pada Selasa lalu, beliau turut mengumumkan pelantikan Haji Nordin Shafie sebagai Ketua Pegawai Operasi (KPO) Ibu Pejabat IKRAM yang baharu.

Jelas Nahar, pelantikan KPO ini adalah bagi memastikan Ibu Pejabat IKRAM berfungsi dan berkesan dalam menjayakan RI1619 yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada kakitangan dalam pentadbiran dan pengoperasian.

“IKRAM Pusat akan beroperasi mendukung dan menjayakan RI1619 melalui pelaksanaan pelan tindakan dan semua aktiviti kakitangan akan diurus sepenuhnya oleh seorang KPO yang mana beliau bertanggungjawab merancang, menyusun, menggerak dan memantau prestasi mereka,” katanya di hadapan 56 orang kakitangan Ibu Pejabat IKRAM.

Ujar Haji Nahar lagi, dengan penstrukturan semula ini, peranan setiap kakitangan dapat dioptimumkan daripada 60 peratus kepada 80 peratus berbentuk primer dan selebihnya iaitu daripada 20 peratus kepada 40 peratus berbentuk sekunder iaitu ‘multitasking’.

“Tugasan setiap jabatan akan disepadukan bagi mengelakkan pertindihan kerja serta pembaziran sumber dan berkerja secara ‘silo’ manakala keupayaan kakitangan dapat dibangunkan melalui pendedahan tugasan sekunder iaitu ‘multitasking’.

“Satu unit mutabaah (penilaian) juga akan diwujudkan bagi memantau perjalanan, kemajuan dan hasil semua Pelan Tindakan (PT) yang akan dilaksanakan oleh Pusat dan Negeri serta untuk keperluan penambah baikan.

“Kini Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM akan lebih fokus kepada tugas untuk membuat hubungan dengan masyarakat luar dan umat yang mana mereka akan kurang terlibat dengan pengoperasian,” jelasnya.

Dalam struktur baru ini, Ibu Pejabat IKRAM kini mempunyai lima jabatan besar iaitu Pentadbiran, Kewangan, Operasi, Tarbiah & Modal Insan serta Penerangan & Media.

Sementara itu, Jabatan Operasi dibahagikan kepada beberapa unit iaitu Pengurusan Aktiviti, Aset & Logistik, Ehwal Orang Muda, Masyarakat Madani, Ehwal Wanita dan Ehwal Negara & Keadilan.

Sebelum mengakhiri sesi taklimat tersebut, beliau mengingatkan agar semua kakitangan dapat memberi komitmen yang sebaiknya dan kerjasama dalam menjayakan penstrukturan baru Ibu Pejabat IKRAM bagi menjayakan RI1619.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia