Srikandi Malaysia tidak serik sertai misi flotila

“’Right to A Just Future for Palestine’ akan mengambil masa lebih dua bulan dengan menaiki bot besar bernama Al-Awda yang bermaksud ‘pulang’,” kata Dr Fauziah.

Tambah beliau lagi, Kapal Al-Awda ini akan disertai tiga kapal kecil dari Sweden melalui Terusan Inggeris.

Tidak menyertai keseluruhan misi atas faktor keselamatan, beliau akan berperanan untuk menyampaikan kursus dan motivasi berkenaan aspek keselamatan dan kemanusiaan kepada semua peserta flotila.

Selain itu, beliau juga akan bertemu dengan ahli politik dan pemimpin tempatan di negara yang disinggahi bagi menyampaikan mesej kesedaran mengenai kesengsaraan rakyat Palestin.

Beliau dan Norsham dijangka akan berlayar dari Cagliari ke Napoli, Itali dan seterusnya Ajaccio, Perancis.

“Kita perlu jelas bahawa masalah Palestin bukanlah hanya krisis kemanusiaan.”

Menurutnya, isu utama hal ini ialah pendudukan tentera Israel secara haram dan perampasan ke atas penduduk Palestin.

“Kini dua juta rakyat Palestin hidup di bawah pendudukan yang paling kejam dan lama dalam sejarah moden,” katanya.

Jelas Dr Fauziah lagi, Isarel telah berjaya dalam memusnahkan ekonomi Palestin, menjadikan 80% daripada penduduknya bergantung kepada bantuan makanan dan 90% hidup dalam kemiskinan.

“Ketika ini, kapal Al-Awda dan tiga kapal kecil Sweden telah pun melalui persinggahan di Copenhagen, Kiel, Wilhamsheven, Jersey, La Rochelle, Gijon, Lisbon, Cardiz dan seterusnya, Cagliari, Napoli serta Ajaccio.”

Dalam perkembangan berkaitan, dua orang anak muda iaitu Dr Mohamad Faizal Zulkhifli dan Muhammad Aiman Mohd Zin mendahului berada di atas kapal Al-Awda, yang berlayar dari Cardiz, Sepanyol pada 27 Jun lalu dan selamat tiba di Cagliari semalam.

“Kami berharap misi ini dapat memecahkan kepungan rejim Zionis Israel di Gaza, Palestin.”

Sebelumnya, pengalaman pahit ditahan tentera Israel dua tahun lalu ketika menyertai misi solidariti Women’s Boat Gaza tidak menghalang kecekalan Dr Fauziah Mohd Hasan bersama Puan Norsham Abu Bakar untuk meneruskan misi ‘Right to A Just Future for Palestine’ ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia