SR Al-Hidayah Ipoh tempat ketiga Kuiz Doktor Muda Kebangsaan

Dalam konvensyen yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor pada 11-14 Ogos lalu, SRAH diwakili oleh adik Wan Nasrul Muhaimin bin Wan Mohd Taufeed, Muhd Syamil bin Shamsul, Muhd Aiman Syafiee bin Azni dan Alyaa Nur Fatin binti Mohamad Firdaus.

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan, Tuan Abdullah Mad Yunus. Dalam pertandingan kuiz tersebut, Negeri Sembilan telah menjadi johan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjadi naib johan.

Selain kuiz, aktiviti yang dipertandingkan ialah Inovasi Bahan Bantu Mengajar, Pameran Aktiviti Projek Intervensi, Projek Intervensi Bersama Komuniti, Projek Intervensi Pendidikan Kesihatan Rakan Sebaya serta Bicara Spontan kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Selain itu, anugerah turut diberikan kepada Nur Hasanah binti Baktier Effendy dari Negeri Sembilan sebagai Tokoh Doktor Muda dan Sekolah Kebangsaan Kampung Berangan, Pasir Puteh, Kelantan menerima Anugerah Sekolah Cemerlang.

Ini adalah kali kedua peserta Doktor Muda SRAH berjaya mewakili negeri Perak. Kali pertama adik Ahmad Alif Halimi bin Ahmad Hamdi (gambar) mewakili Perak dalam pertandingan bercerita Bahasa Melayu sempena Konvensyen Doktor Muda Peringkat Kebangsaan kali ke-5 di USIM Nilai pada tahun 2013.

Konvensyen Doktor Muda Peringkat Kebangsaan merupakan konvensyen dwi tahunan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan menilai kemampuan, kreativiti, kepekaan dan kemahiran Doktor Muda bertindak sebagai agen dalam menyampaikan mesej kesihatan.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta SRAH, guru pengiring dan guru-guru penasihat serta ibubapa yang sentiasa memberikan dorongan kepada mereka untuk berjaya dalam pertandingan tersebut.

Sumber:

  1. FB Sekolah Rendah Al Hidayah Ipoh
  2. FB Pusat Pendidikan Al Hidayah Perak
  3. Web rasmi Al Hidayah Perak

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia