Somalia Relief sasar bantuan kemanusiaan RM500,000

Dengan sasaran kutipan RM500,000, bantuan akan difokuskan kepada keperluan makanan, bekalan air bersih dan ubat-ubatan. 

“40 peratus daripada bantuan akan disalurkan kepada bekalan air bersih termasuk dengan menyediakan tangki air, 30 peratus untuk perubatan di kem serta pusat perubatan dan 30 peratus lagi untuk makanan”, ucap CEO MyCARE, Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar dalam sidang media hari ini. 

Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, kempen tersebut dilancarkan kerana Somalia sedang menimpa krisis kebuluran hinggakan kerajaan Somalia telah mengisytiharkan darurat pada 28 Februari lalu dan memohon bantuan antarabangsa.

    

Dr Hafidzi, Hj Kamarul Zaman dan wakil rakan NGO, KLGhaith

“Sekiranya tidak ditangani dalam kadar segera, Somalia berdepan ancaman krisis kebuluran buat kali ketiga dalam tempoh 25 tahun”. 

“Kami mengharapkan sokongan doa dari seluruh rakyat Malaysia agar usaha ini bukan sahaja berjaya tetapi akan berterusan kerana kawasan tersebut sedang mengalami kemarau yang panjang”, tambahnya. 

MyCARE akan bekerjasama dengan dua rakan NGO iaitu KLGhaith dan African Relief Commitee (ARC) yang mempunyai pengalaman 25 tahun dan mempunyai 10 rakan kerjasama di seluruh Afrika. 

Selain itu, MyCARE juga bercadang untuk menghantar satu misi kemanusiaaan ke Somalia pada 26 April hingga 2 Mei 2017 untuk meninjau sendiri keadaan di sana sambil memantau proses penyaluran bantuan dan mengenal pasti projek-projek jangka panjang yang boleh dilaksanakan. 

“Dengan adanya misi ini, kita akan lebih bersedia untuk masa akan datang, bantuan dapat dihantar dengan kadar segera,” jelas Hafidzi Mohd Noor.

Sebarang sumbangan untuk tabung “Somalia Relief 2017” boleh salurkan ke akaun berikut atas nama Humanitarian Care Malaysia Berhad:

MAYBANK – 5515 7500 4299
CIMB ISLAMIC – 8602 135 592
BANK ISLAM – 1209 2010 034904

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia