Sokongan Terhadap Pendirian Azizulhasni Awang

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berbangga dengan sokongan yang ditunjukkan oleh pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang kepada penduduk Gaza dengan menayangkan sarung tangan bertulis “Save Gaza” di Sir Chris Hoy Velodrome di Glasgow pada 24 Julai 2014 yang lalu. 

Peristiwa yang berlaku selepas acara lumba basikal di Sukan Komanwel 2014 ini hanya merupakan satu luahan sifat kemanusiaan seorang anak muda Malaysia yang prihatin terhadap peristiwa yang sedang berlaku di Gaza, bukannya penyataan politik yang mencemarkan suasana sukan.

Sebenarnya seluruh dunia termasuk Ban Ki-Moon, Setiausaha Agung PBB, telah menyuarakan pendirian yang sama terhadap isu-isu di Palestin. 

Pendirian seperti ini bukanlah satu perkara yang baru dalam dunia sukan, bahkan Mesut Ozil, seorang pemain bola sepak Jerman dan kelab Arsenal diberitakan menderma 350,000 British Pound kepada pembedahan untuk 23 orang anak-anak di Brazil.

Pihak penganjur Sukan Komenwel seharusnya bergembira kerana seorang ahli sukan yang muda berani menunjukkan sokongan kepada Gaza atas dasar kemanusiaan seperti yang diluahkan dalam Facebooknya, “We all stand as a human”.

IKRAM menyeru semua rakyat Malaysia agar menyokong tindakan Azizulhasni Awang atas keberaniannya menyatakan pendirian secara terbuka. Pihak IKRAM juga mengucapkan terima kasih kepada Commonwealth Games Federation kerana masih membenarkan Azizulhasni mengambil bahagian dalam perlumbaan di Glasgow. 

IKRAM juga menyeru pihak chef de mission Malaysia ke Sukan Komanwel 2014 agar memberi segala sokongan moral dan bantuan supaya Azizulhasni dapat meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelumba basikal negara.

Ustaz Haji Hasanudin Mohd Yunus

Timbalan Presiden &
Pengerusi JK Perhubungan Antarabangsa
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia