Sokong himpunan “Wanita Bantah Politik Toksik”

“Perhimpunan ini merupakan satu inisiatif Wanita Malaysia yang menolak apa jua bentuk, gaya dan cara politik bankrap nilai, yang kini semakin parah dalam negara ini,” kata Ketua Wanitanya, Datin Paduka Hjh. Che Asmah Ibrahim.

Tambahnya dalam satu kenyataan media, toksik adalah fenomena beracun yang sangat berbahaya kepada manusia dan hidupan lain di alam semesta. Ia juga boleh merebak ke setiap diri individu, masyarakat seterusnya tanahair yang kita cintai ini sekiranya tidak dibendung.

Justeru, jelasnya, sekalian rakyat Malaysia harus diperingatkan tentang bahayanya politik toksik ini.

“Ia wujud dalam bentuk tindakan keganasan, ancaman terhadap individu, ucapan-ucapan berbaur rasis, seksis, lucah, pengaiban serta perlecehan terhadap individu wanita yang meracuni pemikiran dan minda rakyat.”

Tegas beliau, politik toksik ini seharusnya bukan dibantah oleh kaum wanita sahaja, tetapi semua rakyat Malaysia, daripada pelbagai golongan dan lapisan, lelaki dan wanita.

Beliau menyeru rakyat Malaysia daripada semua kaum, agama serta latar belakang politik yang berbeza agar bersama-sama berganding tenaga membantah, menghentikan dan memerangi politik toksik ini daripada menular dan menjadi budaya politik Malaysia.

“Ahli politik yang mengamalkan budaya politik toksik ini perlu ditolak oleh masyarakat daripada menjadi wakil kita.”

Dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kebaikan dan keharmonian, beliau mengajak semua wanita untuk bersama-sama menyatakan bantahan dengan menyokong perhimpunan ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia