Sokong Bajet 2019 kepada SAR dan Sekolah Agama Persendirian

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik dan menyokong penuh usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama persendirian diberi peruntukan dalam Belanjawan Kerajaan 2019.

IKRAM berterima kasih kepada Menteri Pendidikan yang telah menyatakan demikian  dalam sidang akhbar selepas merasmikan forum Bahasa Jiwa Bangsa di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 21 November lalu.

Jumlah bilangan pelajar di sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama persendirian yang kini mencecah melebih 100,000 orang, memainkan peranan penting membantu pihak KPM mendidik dan mentarbiah anak bangsa rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang sosial.

IKRAM yakin usaha murni mereka adalah bersesuaian dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan “ …untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara…”

Walaupun para murid dan pelajar telah memilih untuk mengikuti model pendidikan yang tidak sama dengan model pendidikan KPM, ini  tidak seharusnya menjadi alasan untuk menafikan peruntukan dalam Bajet Kerajaan Malaysia bagi tahun 2019.

Sebahagian besar daripada sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama persendirian telah pun berdaftar dengan pihak KPM dan Jabatan Agama Islam Negeri. Malah, sebahagian besar daripada mereka juga telah menjalankan  kurikulum pendidikan kebangsaan dan peperiksaan awam anjuran KPM.

Usaha murni sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama persendirian ini juga telah banyak meringankan bebanan kerajaan bukan sahaja dari sudut dana tetapi juga dari sudut pengurusan pendidikan berkualiti sehingga terbentuk anak bangsa rakyat Malaysia yang bakal berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Keseluruhannya, pelajar-pelajar lepasan sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama persendirian menunjukkan prestasi akademik, pembinaan sahsiah dan semangat patriotisme yang tinggi setanding dengan pelajar-pelajar lepasan sekolah-sekolah kerajaan.

Sebagai rakyat Malaysia yang membayar cukai, ibu bapa murid dan pelajar juga berhak mendapat peruntukan dana melalui sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama persendirian.

Usaha sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama persendirian ini juga telah meningkatkan lagi kualiti industri perkhidmatan, justeru meningkatkan imej negara di mata dunia dan melonjakkan usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan antarabangsa.

Prof Dr Omar Yaakob
Ketua Kluster Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

No. Tel: 012-708 6482

 

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia