SMI Hidayah JB wakili Malaysia sertai pameran sains di Jepun

SMIH menerima tajaan ke Jepun setelah memenangi pingat emas dalam kemuncak pertandingan STEM Apps Challenge 2016 pada 18 Jun 2016 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai melalui penghasilan aplikasi permainan pendidikan ‘Geniuz Animal’ berkenaan kategori haiwan berdasarkan pemakanannya iaitu herbivor, karnivor dan omnivor. 

Selain mempamerkan aplikasi yang telah dibangunkan oleh pelajar ketika STEM Apps Challenge, pameran sains di Jepun ini memberi peluang dan pendedahan untuk peserta belajar sesuatu yang baru daripada para pelajar luar negara mengenai pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Dalam program dan pameran sains anjuran Japan Science and Technology Agency (JST) yang berlangsung pada 10-11 Ogos lalu di Kobe Convention Center ini, Hazirah dan Syahirah diiringi oleh guru SMIH, Ustazah Afifah Kamarul Baharin.

STEM Apps Challenge yang julung-julung kalinya diadakan di negara ini merupakan program ala reality show yang melibatkan pembangunan aplikasi interaktif mudah alih dan bertujuan meningkatkan minat dan kesedaran pelajar-pelajar sekolah terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di mana elemen penilaian meliputi aspek akademik berasaskan STEM, kreativiti dan nilai komersial.

Program anjuran bersama oleh Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS), Akademi Sains Malaysia (ASM), Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX), Fakulti Komputeran UTM dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Johor Times masing-masing sebagai rakan strategik dan rakan media.

Semoga program sebegini dapat mengukuhkan minat pelajar sekolah terhadap STEM, seterusnya meningkatkan kapasiti masyarakat dalam aspek rekacipta serta inovasi dalam bidang sains dan teknologi bagi memacu Malaysia menuju negara maju dan rahmah, insya-Allah.

Foto pameran: http://bit.ly/2bDkbAD
Web SMIH: http://hidayah.edu.my/
FB SMIH: fb.com/SekolahIslamHidayah

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia